102345027_3215073245220999_6469128701009

DAKWAH

MAPIM Malaysia mempunyai sayap dakwah yang diketuai oleh Tn. Hj. Kamarudin Abdullah selaku Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI). Beliau juga memainkan peranan sebagai Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia. IPSI (Penang), Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan bukan politik. 

Keutamaan sayap dawkah MAPIM tidak lain adalah menyebarkan firman Allah melalui promosi ikhlas membaca, memahami dan mempraktikkan Al-Quran dan As-Sunnah. Gerakan ini juga menumpukan aktiviti untuk mengingatkan manusia akan fitrahnya; Penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT.

 

Tn. Hj. Kamarudin Abdullah selaku Pengarah Hal Ehwal Dakwah MAPIM Malaysia juga bersama-sama turun padang dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

ILMU

Mendorong untuk memperoleh dan berkongsi Pengetahuan Islam yang betul dalam kalangan Ummah

DAKWAH

Berkongsi pencerahan kepada Orang Bukan Islam dan menolong mereka yang kurang bernasib baik dalam kalangan Ummah

IBADAH

Menggalakkan melaksanakan ibadah kepada Allah SWT
dalam kalangan umat

IPSI telah bekerjasama memberi bantuan dengan aktivis tempatan MAPIM Malaysia berupa kotak makanan kepada golongan yang memerlukan