Musibah Kebakaran Kg. Bangau-Bangau, Semporna

March 30, 2015

 

Setelah beberapa hari menumpang di dewan orang ramai dan keluarga berdekatan, mangsa kebakaran Kampung Bangau-bangau kini dapat menghuni di dalam khemah sebagai penempatan sementara.

 

Khemah didirikan dengan bantuan daripada beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan tenaga khas daripada Special Malaysia Assistant Rescue Team (SMART).

 

Sementara dari pihak NGO yang terlibat ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Ikatan Minda At-Taqwa Malaysia (IMAM), Pertubuhan Kembara Amal (PeKA), Persatuan Siswazah Sabah (PSS) serta anak muda di sekitar Semporna.

 

Untuk fasa pertama, 105 unit khemah akan dipasang di kawasan lot parkir Kampung Bangau-bangau. Khemah yang didirikan berukuran 10×10 kaki persegi 12×6 kaki persegi ini boleh memuatkan 7-8 orang untuk sebuah keluarga. Khemah berkualiti ini di impot dari Jepun dengan anggaran jangka hayatnya adalah antara empat hingga enam bulan mengikut cuaca Malaysia.

 

Antara NGO yang terlibat dalam gerakerja pemasangan khemah adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Ikatan Minda At-Taqwa Malaysia (IMAM), Pertubuhan Kembara Amal (PeKA), Persatuan Siswazah Sabah (PSS) serta anak muda di sekitar Semporna.

 

Sementara itu, di dalam dewan yang memuatkan mangsa kebakaran, Jabatan Kesihatan juga turut terlibat memberikan bantuan dengan memberi rawatan kesihatan dan ubat-ubatan.

 

Dewan yang memuatkan 386 buah keluarga itu sememangnya agak kecil dengan kemudahan bilik air dan bilik persalinan yang terhad.

 

MAPIM bersedia menyalurkan bantuan yang diterima daripada pihak awam dan swasta. Sumbangan dalam bentuk infaq, zakat dan derma boleh disalurkan menerusi tabung Dana MAPIM.

 

No akaun MAYBANK 558220605312
Nama akaun : DANA MAPIM

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.