MAPIM kutuk cubaan rampasan kuasa di Turki

July 16, 2016

Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan tegas dan tanpa kompromi mengutuk sekeras-kerasnya percubaan rampasan kuasa oleh sekelompok tentera di Turki kelmarin.


Ini adalah jelas suatu konspirasi jahat kelompok yang mempunyai agenda anti Islam dan anti demokrasi serta anti rakyat, walaupun mereka yang terlibat dalam percubaaan itu mendakwa mahu mengembalikan kestabilan dan sekuriti Turki.

Kami berpendapat konspirasi antara golongan anti Presiden Erdogan dari dalam dan luar Turki terus merencana pelbagai strategi untuk menggugat kestabilan Turki.

Adalah tidak terlalu jauh untuk menduga konspirasi tersebut didalangi oleh kuasa imperialis Barat bersama dengan Zionis Israel.

Sesungguhnya potensi Turki sebagai sebuah negara umat Islam yang paling aktif berperanan mengenai pelbagai isu umat Islam di seluruh dunia sangat dicemburui oleh Barat. Kepimpinan Presiden Erdogen yang telah mendapat kepercayaan dan kesetiaan rakyat telah mengukuhkan kedudukannya untuk melancarkan secara bertahap agenda Islamisasi Turki sehingga ia sedang diperhati dengan sangat mencurigakan oleh negara-negara kuasa Barat.

Kami percaya dengan peranan aktif dan proaktif Turki selama ini dibawah Erdogan menangani isu-isu umat Islam seperti Palestin, Baitul Maqdis, Myanmar, Mesir, China, Russia, Libya, Somalia, Afrika Tengah, maka kuasa Barat telah melihat Turki sebagai suatu kuasa baru umat Islam yang boleh menjejaskan hegemoni Barat terhadap Islam dan umat Islam.

Kami menegaskan penolakan rakyat Turki terhadap pemerintahan tentera adalah akibat dari pengalaman pahit yang dilalui oleh mereka setelah berlaku kudeta sebanyak empat kali dalam sejarah Turki.

Agenda de-sekularisasi dan Islamisasi Turki di bawah kebijaksanaan kepimpinan Recep Tayyib Erdogan telah menjadikan pemerintahan Turki berpotensi muncul sebagai negara umat Islam paling berpengaruh untuk menangani pelbagai isu umat Islam yang tertindas.

Turki kini ternyata mempunyai budaya tadbir Islam yang sangat disegani dan dikagumi oleh dunia di samping membangunkan gerakan masyarakat madani yang semakin terserlah. Walaupun menghadapi banyak tentangan politik dalaman dan luaran yang sangat mencabar namun jelas Turki terus bergerak ke hadapan dengan agenda pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyatnya.

Kini Turki dibebankan dengan tanggungan jutaan pelarian Syria, gerakan dari puak pemisah Kurdish, serangan dari kelompok ISIS, rencana Zionis Israel untuk menggugat kestabilan dan pertahanan Turki.

Jelas potensi dan kekuatan kepimpinan Turki sekarang menggugat kepentingan Barat dan Israel. Kuasa Barat secara senyap dan licik merencana untuk mengekang kebangkitan Turki.

Kami menggesa seluruh umat Islam memberi perhatian kepada percubaan rampasan kuasa terkini dari perspektif yang lebih menyeluruh dalam konteks hegemoni kuasa Barat yang mempunya agenda anti Islam yang sangat mendalam.

Menyokong dan mempertahankan demokrasi dan kuasa rakyat untuk mengekalkan Turki di bawah kepimpinan Islam yang progresif sangat penting. 

Berbanding dengan pelbagai krisis yang berlaku di negara-negara umat Islam yang lain, Turki berjaya muncul sebagai satu-satunya negara Islam, untuk saat ini yang diharap oleh umat Islam mampu mengembalikan maruah dan kepimpinan Islam di dunia.

Kami menyeru rakyat di Malaysia menyatakan solidariti dengan rakyat Turki untuk menolak sebarang usaha kudeta ketenteraan dan memberi sokongan padu agar program Islamisasi Turki berjaya dikembangkan dengan licin dan lancar.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.