Aiyoh: Jangan Hina Mufti dan Islam

August 31, 2016

Kenyataan Media

31 hb Ogos 2016

 

MENGHINA MUFTI DAN ISLAM - PIHAK BERKUASA WAJAR BERTINDAK.

 

MAPIM kesal dan membantah keras tindakan penganjur Anugerah 'Aiyoh Wat Lah' pada 29 hb Ogos 2016 yang lalu, dengan sengaja melakukan penghinaan ke atas seorang Mufti di negara ini dan Islam itu sendiri hanya kerana menganggap pendirian Mufti dan hukum Islam berlawanan dengan pendirian mereka.

 

Menghina dengan cara yang dilakukan pihak penganjur gabungan hak-hak wanita itu ternyata melambangkan ciri tidak berakhlaq dan mencabar wibawa seorang ulama yang berhujah dengan ilmu yang benar berdasarkan rujukkan ilmu Islam.

 

Mengheret nama Mufti dengan mengumumkan beliau dianugerah kategori "menghina intelektual" dimajlis tersebut adalah biadab dan tidak bertamadun.

 

Kami berpendapat kumpulan yang menyokong dan terlibat dalam penganjuran majlis tersebut itu sendiri, terperangkap dengan sikap liberalisme melampau di Barat yang membenarkan apa sahaja, termasuk agama, syiar agama dan tokoh agama bebas untuk dipersenda dan dihina.

 

Tindakan ini melambangkan pegangan sekular dan liberal yang dianuti oleh mereka sehingga adab dan disiplin ilmu diketepi samasekali.

Mereka merasa berhak dan layak untuk bercakap apa sahaja mengenai agama dan mentafsirkannya mengikut kemahuan sendiri tanpa merasa malu dan bersalah bahawa mereka tidak mempunyai latarbelakang ilmu agama yang mencukupi untuk berbuat demikian.

 

Mufti Negeri Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang dijadi sasaran penghinaan itu adalah seorang ulama yang memberikan hujah berdasarkan dalil dan nas dalam disiplin ilmu Islam.

Jika kumpulan ini merasa pandangan beliau tidak dipersetujui, apakah tujuan mereka melakukan penistaan yang biadap itu?

 

Kenapa mereka tidak berhujah secara langsung dan membentangkan hujah dengan adab dan bersopan? Apa tujuan mereka mencari publisiti murahan dengan cara yang sering dilakukan oleh kumpulan feminis liberalis di Negara Barat ? Inikah budaya liar dan tidak bertamadun yang mahu diketengahkan di negara ini?

 

Kami ingin mengingatkan bahawa kumpulan yang berterusan mahu mencabar golongan agamawan, institusi agama dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, boleh mencetuskan reaksi balas dari mereka yang sensitif dengan penghinaan terhadap agama.

Menghina Mufti sebagai institusi agama Islam dinegara ini secara biadab sudah tentu mengundang kemarahan masyarakat yang mahu kemuliaan Islam dilindungi.

 

Kami mengesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada provokasi oleh kumpulan ini, yang kami anggap boleh mencetuskan ketegangan agama di negara ini.

 

Anugerah tahunan, yang masuk tahun keenam itu, perlu dipantau supaya penganjur tidak dengan wewenang menggunakan acara itu untuk mencetuskan kontrovesi.

 

Kami menasihatkan kumpulan ini agar menjaga keharmonian negara ini dengan meneliti semula sikap dan pendirian mereka terhadap isu yang menyentuh agama Islam di negara ini.

Persoalan yang hendak diketengahkan sepatutnya mengelak dari mencetuskan rasa benci dan bertanggapan negatif, terutama terhadap institusi agama Islam di negara ini.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID

Presiden MAPIM

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.