APAKAH BENAR KAMPUNG BARU MEMERLUKAN PROJEK M101 SKYWHEEL?

September 9, 2016

 

 

Kenyataan Media Teras

9 hb September 2016

 

APAKAH BENAR KAMPUNG BARU MEMERLUKAN PROJEK M101 SKYWHEEL?

 

Kami terkejut dengan pengumuman bangunan pencakar langit M101 Skywheel akan dibina di Kampung Baru, menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

 

Apakah ini suatu keperluan yang sebenar untuk membangunkan perkampungan masyarakat Melayu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ini? 

 

Dengan projek mega bernilai Rm 1.4 bilion itu kami menjangka masyarakat Melayu akan tersisih akhirnya dan Kampung Baru akan lenyap samasekali.

 

Kami tidak faham apa maksud beliau bahawa Kampung Baru tidak akan hilang identitinya. Walhal dengan bangunan pencakar langit setinggi 52 tingkat itu bersama roda Ferris yang dikatakan akan menarik pelancong akan pasti menghimpit Kampung Baru dan akhirnya seluruh kampung tersebut akan hilang.

 

Tujuan untuk melonjakkan harga harta tanah di kawasan berkenaan tidak harus menjadi keutamaan, sedangkan masyarakat Melayu di kawasan itu memerlukan prasarana yang lebih tersusun dan sempurna. Bukan sebuah mahligai moden yang mencakar langit yang bakal menyisih sebarang peryertaan bumiputera seperti yang berlaku dibanyak lokasi di bandaraya KL.

 

 

Apakah projek ini termasuk dalam rancangan pembangunan Kampung Baru walaupun ia berada dipinggir kampung tersebut ? Dengan pembangunan bangunan seperti itu pasti kesannya akan berlaku keatas Kampung Baru.

 

Kami berpendapat model pembangunan Bandaraya KL hendaklah segera diubah. KL tidak perlu bangunan pencakar langit lagi. Sudah cukup sedemikian banyak bangunan pencakar langit yang tidak lestari alam. 

 

Malah bangunan seperti itu akan akhirnya menambah kesesakan KL yang sedia sesak dengan kenderaan.

 

Pelancong tidak akan tertarik dengan bangunan seperti itu. Sepatutnya model pembangunan dengan menyusun dan menyempurnakan kemudahan perkampungan tradisi ditengah bandaraya akan lebih menarik pelancong yang dapat melihat keunikan kampung masyarakat Melayu ditengah bandaraya.

 

Jika kerajaan boleh meluluskan pembangunan projek bernilai RM1.4 bilion walaupun dibiayai oleh pihak pemaju swasta,  kenapa kerajaan tidak boleh memberi peruntukan untuk menyusun semula kampung baru dengan sifatnya yang unik itu.

 

Kita tidak harus hanya berbangga dengan kononnya berupaya meletakkan sebuah roda Ferris di atas bangunan setinggi 52 tingkat itu dan menjadikan ia roda Ferris tertinggi di Asia Tenggara seterusnya menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

 

Sampai bila kita mahu kagum dengan model projek seperti ini hanya kerana mahu mencapai pembangunan bertaraf dunia, padahal ini bukan keutamaan dan bukan keperluan yang dikehendakki rakyat.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu 

 

Tingkat 1, Hotel Carlton Holiday, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Mobile: +6019 - 4744 856

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.