MAPIM Negeri Sembilan Semarak Kempen 'World #QuranHour'

September 11, 2016

 

11 Sept, Seremban; Sempena 9 Zulhijjah 1437 dan bagi meraikan waktu wukuf di Arafah yang jatuh pada hari ini, MAPIM Negeri Sembilan bersama-sama dengan masyarakat setempat telah melaksanakan kempen World #QuranHour. Program julung-julung kali ini diadakan mempunyai objektif serampang dua 2 mata iaitu bertujuan bagi mendekatkan masyarakat kepada Al-Quran agar kembali mencintai Al-Quran dan mempererat hubungan antara MAPIM dan masyarakat.

 

Majlis yang dilaksanakan di 2 tempat berasingan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sokongan yang memberangsangkan. Komuniti setempat telah berkumpul seawal jam 8 pagi bagi merealisasikan program ini. Program pertama diadakan di Surau Taman Mulia, Pajam yang didahului dengan kuliah dhuha dan diteruskan dengan tadabbur Surah Al-Hasyr ayat 1-10. 

 

Majlis kedua pula berlangsung di Madrasah Muhajirin, Taman Jujur Kanan, Seremban bersama-sama dengan anak-anak etnik Rohingya. Majlis dimulai dengan klinik Tahsin bacaan al-Fatihah dan diakhiri dengan penyampaian sedikit sumbangan sempena Hari Raya Korban berupa kopiah dan telekung. Kedua-dua majlis ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Fuad Othman merangkap Pengerusi MAPIM Negeri Sembilan. 

 

Di samping itu, MAPIM Negeri Sembilan sekali lagi akan menganjur program korban perdana pada hari raya kedua nanti seawal jam 9 pagi hingga 3 petang. Program Korban ini merupakan acara tahunan MAPIM dengan kerjasama Yayasan Wakaf Turki (Turkey Vakfi Diyanet). Pada tahun ini, sebanyak 10 ekor akan dikorban dan bakal diagihkan kepada etnik Rohingya di Seremban. Majlis korban ini akan disempurnakan majlis perasmiannya oleh Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

Menurut Ustaz Fuad Othman, bagi orang ramai yang berkelapangan ingin menyumbang masa dan bantuan tenaga boleh hadir ke majlis tersebut dan bagi yang berminat menjadi sukarelawan MAPIM boleh mendaftarkan diri dengan melayari website kami di www.mapimnegerisembilan.com atau www.mapim.org/sukarelawan. Segala program MAPIM akan dimaklum dari masa ke semasa. 

 

Unit Media

MAPIM Negeri Sembilan

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.