Kenyataan Media: Hentikan Pembunuhan Beramai-ramai Etnik Rohingya di Arakan, Myanmar

October 13, 2016

 

 

Kenyataan Media

13 hb Oktober 2016

 

BERTINDAK SEGERA LINDUNGI MASYARAKAT AWAM MINORITI ROHINGYA MUSLIM DI ARAKAN MYANMAR.

 

Kami sangat prihatin dan menyatakan kekhuatiran kami terhadap perkembangan mutakhir yang kini berlaku di Barat Arakan iatu di daerah Muangdaw di Myanmar sejak Jumaat yang lalu yang dilaporkan bahawa keadaan tegang sedang berlaku antara tentera kerajaan Myanmar dengan masyarakat etnik Rohingya yang menjadi penduduk majoriti di daerah tersebut.

 

Laporan media antarabangsa mendedahkan ketegangan berlaku apabila didakwa sekumpulan etnik Rohingya menyerang kem pengawal polis sempadan, menyebabkan kematian lebih 12 orang anggota polis Myanmar.

 

Dakwaan ini yang menjadi alasan untuk tentera Myanmar melancarkan serangan kepada masyarakat awam di kawasan penduduk Rohingya mengakibat etnik Rohingya dijadi sasaran " genocide ".

 

Kini operasi tentera dan polis Myanmar melancarkan serangan dan membunuh sewenang wenangnya masyarakat awam Rohingya di beberapa kampung. Laporan dari keluarga pelarian Rohingya yang berada di Malaysia yang menerima berita dari kawasan krisis,  mendedahkan berlaku serangan rambang pihak keselamatan Myanmar yang mensasar etnik Rohingya.

 

Keadaan di daerah Maungdaw kini menjadi sangat merbahaya apabila kumpulan Tentera Arakan ( Arakan Army ) yang sebenarnya dianggotai sekelompok etnik Rakhine yang mahu memisah wilayah itu sebagai negara Rakhine yang terpisah dari Myanmar mengambil kesempatan untuk melancar operasi pembersihan terhadap etnik Rohingya.

 

Kami menuntut Vijay Nambiar penasihat khas Setiausaha Agung PBB mengenai Myanmar tidak hanya mengeluarkan kenyataan agar semua pihak bertenang dan tidak bertindak memprovokasi serangan keatas komuniti  atau kumpulan agama tertentu. Keadaan tidak akan berubah jika pihak PBB hanya mengeluarkan kenyataan, tersebut sedangkan pembersihan etnik Rohingya terus berlaku.

 

Sesungguhnya etnik minoriti Rohingya telah lama kehilangan kewarganegaraan ditanah kelahiran mereka sendiri iaitu Arakan yang kini ditukar kepada Rakhine. Penderitaan mereka diiktiraf sendiri oleh PBB yang melaporkan etnik Rohingya adalah etnik paling tertindas di dunia.

 

Regim Myanmar telah menafikan kewarganegaraan mereka diantara 135 etnik yang ada di Myanmar. Akibatnya mereka telah ditindas dan dinafikan hak asasi manusia,dinafikan kebebasan , dihadkan pergerakkan, dinafikan pendidikan dan pekerjaan. Mereka juga dinafikan hak memilikki tanah dan harta. Rampasan terhadap harta mereka berleluasa oleh puak etnik Rakhine. Kini mereka yang berada bergenerasi di Arakan ditindas didalam wilayah tersebut yang dikuasai oleh etnik Rakhine. Mereka menghadapi dikskriminasi dan dizalimi bertahun-tahun lamanya.

 

Laporan dari kajian oleh Yale Law School menemui bukti yang kuat tentang berlakunya genoside yang mensasarkan etnik Rohingya di Myanmar

Kini askar kerajaan menembak tanpa usul periksa orang awam dikalangan etnik Rohingya yang sering menjadi mangsa dalam operasi yang digelar "clearance operation" yang merebak ke kawasan lain seperti perkampungan Taung Paing Nyar.

 

Kami mengutuk tindakan pihak askar Myanmar dibawah arahan kerajaan yang bertindak diluar undang-undang.

 

Kami mengesa supaya pihak tentera pengaman PBB segera dihantar ke kawasan krisis yang tercetus untuk memastikan keselamatan warga awam terutama etnik Rohingya dilindungi.

 

Kami kesal apabila pemimpin de facto Myanmar sekarang Aung San Su Kyi, maseh terus tidak merubah keadaan yang dialami etnik minoriti Rohingya Muslim. Sejak beliau memenangi pilihanraya dan menerajui pemerintahan Myanmar nasib warga Rohingya tidak berubah malah maseh terus berlaku serangan keatas mereka. Beliau yang dianugerah Nobel Peace Sepatutnya menggunakan kedudukannya sekarang untuk menangani isu penindasan ke atas golongan minoriti Rohingya tersebut.

 

Peristiwa ratusan etnik Rohingya yang terbunuh dan ratusan ribu yang melarikan diri di negara jiran pada 2012, seharusnya menjadi pengajaran kepada kerajaan Myanmar dan seluruh komuniti antarabangsa. Sehingga hari ini lebih 150,000 orang Rohingya berada didalam kem IDP dalam keadaan yang sangat buruk.

 

Kejadian terbaru menunjukkan keamanan di Myanmar jauh dari apa yang diharapkan. Etnik Rohingya terus dijadi sasaran serangan dan kempen kebencian terhadap agama tidak dibendung dikalangan golongan ektrimis dan rasis. Operasi menyerang kampung , membunuh dan merampas harta etnik Rohingya oleh puak ektremis Buddhis maseh berlaku,  yang direstui sendiri oleh kerajaan Myanmar.

 

Keadaan yang berlaku kini memerlukan perhatian dari pihak Majlis Keselamatan  PBB, OIC, EU dan ASEAN kerana jika dibiarkan akan ramai warga awam menjadi mangsa kepada operasi militari yang kini dilancarkan atas alasan memburu penyerang balai polis pada Jumaat yang lalu.

 

Kami mengesa tindakan berikut dilakukan segera:

 

1. Tentera pengaman PBB perlu segera dihantar ke kawasan krisis untuk melindungi masyarakat awam Rohingya dan golongan minoriti yang lain.

 

2. Pihak komuniti antarabangsa seperti OIC, EU dan ASEAN perlu menggunakan pengaruh masing-masing menekan pemerintah Myanmar menghentikan genocide keatas etnik Rohingya dan hak kewarganegaraan mereka dikembalikan .

 

3. Operasi tentara Myanmar perlu dihentikan yang mensasar masyarakat awam Rohingya dan tentera perlu dikeluarkan dari kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada tentera pengaman PBB memulihkan keadaan.

 

4. Aun San Su Kyi hendaklah bertindak tegas melindungi keselamatan golongan minoriti Muslim yang ditindas dan mencari jalan penyelesaian berdasarkan undang-undang dan hak minoriti antaranangsa.

 

5.Masyarakat Muslim di Malaysia melaksanakan solat hajat diseluruh negara supaya keselamatan kaum Muslimin dilindungi di Myanmar.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM.

 

Diperakui bersama:

 

  • Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

  • Datin Aminah Zakaria, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia.

  • Zulkifli Ibrahim, Timbalan Pengerusi Jaringan Muakafakat Ngo Islam Perak.

  • Johan Arif Ismail, Pengarah IReach

  • Dr Umai Kalsom, Pengerusi BLESS

  • Salman Siddiqi, Naib Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu

  • Humaniti

  • Malaysian International  Humaniti

  • Majlis Ulama Rohingya

Sumbangan Anda Sangat Diperlukan! (Klik Di Sini)

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.