
Bandar Baru Bangi - 19 Oktober 2016 MAPIM Selangor dan Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi perkukuh ukhwah dan pererat kerjasama dalam usaha memartabat kempen peduli ummah.
Setiausaha Agung MAPIM, Tuan Zulhanis Zainol berkata, "antara pelan aktiviti yang telah dirancang adalah seperti program Subuh Warrior, Ceramah Penerangan Peduli Ummah, Kempen Tabung Kemanusiaan dan Program Komuniti Qaryah Masjid Hasanah."
Dalam masa yang sama, MAPIM Selangor juga menyalur dana sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan masjid untuk menaiktaraf tempat penyembelihan korban.
Masjid Hasanah dipilih menjadi tuan rumah menjalankan aktiviti korban saban tahun hasil sumbangan MAPIM dan Diyanet Vakfi (Yayasan Wakaf Turki).

Please reload
Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!
DANA MAPIM
5622 6354 0066

Featured Posts
Please reload
Recent Posts
Please reload