MAPIM dan NGO Malaysia Sepakat Salur Bantuan Kemanusiaan ke Maungdaw, Myanmar

October 25, 2016

 

Bangi - 24 Oktober 2016. Mesyuarat tergempar konflik Kemanusiaan terkini Rohingya di Utara, Myanmar telah  diadakan di Baitu Ummah, seksyen 8, Bangi.

 

NGO terlibat dalam perbincangan dan persetujuan telah dibuat untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada etnik Rohingya di daerah Maw Daw yang dalam keadaan kritikal ketika ini. Antara NGO yang terlibat ialah Majlis Ulama Rohingya (MUR), Serantau Muslim, I-Reach, Humanity Malaysia (Duta Khas Myanmar), Salimah Malaysia, Chinese Muslim Humanitarian, Malaysia Relief Agency (MRA), Yayasan Amal Malaysia, Rahmat Care, GAMIS, Council for Humanitarian of Sheikul Islam Office Thailand.

 

Pembunuhan secara senyap dilakukan oleh angota tentera Myanmar, rumah dan penempatan mereka musnah dibakar dan lebih mengerikan anak-anak gadis telah diculik dan dirogol. Namun berita ini tidak disebarkan kedalam media massa di Myanmar. Keadaan buruk ini mengambarkan betapa dunia tidak memandang etnik Rohingya ini wujud dan penghapusan etnik secara senyap sedang berlaku!!

 

Keputusan mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan memorendum kepada kedutaan Myanmar dan Kofi Annan Comision, mewujudkan kempen "Food Flotilla For Myanmar"(FFFM) kepada seluruh kedutaan ASEAN, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan OIC. Surat sokongan  kempen daripada Tan Sri Syed Hamid Albar dan liputan khas daripada Astro Awani dan TV Al-Hijrah. 

 

Kempem kesedaran "Food Flottila For Myanmar" dilancarkan semalam bagi memberitahu dunia tentang penderitaan Etnik Rohingya di Myanmar. Ayuh semarakkan lagi Kempen ini dengan kongsi di media anda!!  #FoodFlotillaForMyanmar 

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.