Isu Perkauman Semakin Teruk di Amerika

November 2, 2016

 

Sebuah NGO advokasi yang cuba megenalpasti kumpulan-kumpulan bersifat perkauman di seluruh Amerika Syarikat telah menyenarai pendek ‘White Lives Matter’ sebagai salah satu badan yang terlibat.

 

Kumpulan itu dilihat menyamai Ku Klux Klan dan Pergerakan Sosialis Negara di dalam “peta kebencian” yang dikeluarkan oleh Pusat Undang-undang Kemiskinan Selatan (SPLC) secara tahunan.

 

"Kami menyenaraikan mereka kerana mereka adalah jelas membawa unsur supremasi orang kulit putih," Heidi Beirich, ketua Projek Perisikan di SPLC, dipetik oleh VICE News pada hari Ahad.

 

“Moto mereka sepatutnya berbunyi ‘hanya nyawa kulit putih yang berharga’" katanya lagi.

 

Kumpulan supremasis ini telah ditubuhkan untuk menentang Black Lives Matter, sebuah gerakan yang meningkat untuk membantah keganasan polis dan pemetaan kaum oleh polis AS terutamanya terhadap populasi beretnik Afrika-Amerika.


"Pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik kulit putih adalah satu fenomena yang terjadi apabila berlakunya migrasi penduduk dari dunia ketiga secara besar-besaran, integrasi kaum secara paksa dan propaganda mencampur aduk penduduk berbilang kaum dipromosikan dalam semua dan negara kulit putih untuk menjadikan mereka bukan putih," menurut slogan White Lives Matter di laman webnya.

 

Dalam siaran di vk.com, pemimpin kumpulan itu yang berusia 40 tahun, Rebecca Barnette dari Tennessee, pernah menulis bahawa orang-orang Yahudi dan umat Islam telah membuat satu pakatan  untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai berskala epik" terhadap bangsa kulit putih.

 

SPLC telah memutuskan untuk menambah kumpulan tersebut ke senarai tahunannya, "yang telah dipetik secara meluas oleh wartawan, ahli akademik dan pegawai-pegawai kerajaan, untuk membantu kami memahami keadaan kebencian dan ekstremisme dalam Amerika," menurut Presidennya, Richard Cohen.

 

Sumber: Press TV

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.