Jurutera Wanita Palestin Cipta Sejarah

November 2, 2016

 

Eman dan Jihad adalah 2 jurutera Palestin dari Gaza pada 2 tahun lalu berjaya mencipta kaca mata pintar yang pertama di dunia untuk orang buta. Tidak mendapat peluang untuk membeli dan mencari alat ganti yang diperlukan kerana pengepungan Gaza telah memberikan idea kepada pemudi ini menghasilkan produk 100 % ciptaan mereka sendiri.


Cermin mata yang dihubungkan dengan sensor boleh memberi amaran kepada pengguna mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh mereka sejauh 80 cm atau lebih dekat. Sensor lain mengesan persekitaran kanan dan kiri individu, supaya mereka akan diberitahu melalui arah mana mereka boleh mengelakkan halangan. Semakin dekat halangan, semakin kuat amaran akan disiarkan melalui pengesan.


Cermin mata yang baru dicipta ini boleh membaca mata wang, serta lebih daripada 30 warna, membantu si buta membeli-belah dan memilih pakaian mereka sendiri. Cermin mata itu juga boleh memberi nasihat mengenai penggabungan warna yang berbeza.


Pereka mampu untuk membuat cermin mata pintar mereka ini membaca teks Arab, terutama al-Quran, dan kini cuba untuk memperbaiki ciptaan revolusi mereka, yang dijangka menjadi keperluan kepada ribuan rakyat Palestin khasnya di Gaza.


Hanya beberapa bulan selepas penemuan ini telah disebarkan dan meluas diperkatakan di media, sebuah syarikat Israel telah membuat cermin mata pintar dengan ciri-ciri yang sama dan mendakwa ciptaan asal adalah daripada mereka sendiri.

 

Wartawan Bebas Gaza & Aktivis MAPIM

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.