Bumi Syria Berdarah Lagi!

Serangan udara di utara Syria sejak beberapa minggu lalu menyasarkan sekurang-kurangnya 12 hospital, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 pesakit dan kakitangan perubatan terbunuh.

 

Kumpulan kebajikan perubatan Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan berkata, keganasan yang semakin meningkat sejak akhir September lalu turut menyebabkan ribuan orang awam kehilangan tempat tinggal.

 

MSF bagaimanapun tidak menyebut negara yang terbabit melancarkan serangan udara itu. Jet Russia dan Syria diketahui memperhebatkan serangan mereka di barat dan barat laut Syria.

 

Dalam kenyataannya, MSF berkata, selain puluhan yang terbunuh, 72 yang lain cedera dalam serangan yang menyasarkan hospital di Aleppo, Idlib dan Hama. Enam hospital juga terpaksa ditutup operasinya.

 

  Penduduk melihat kemusnahan sebuah hospital sementara di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang

   rejim Syria di Douma, pinggir Damsyik. 

 

Sumber: My Metro

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.