MAPIM Johor Tunai Amanah Ummah

November 4, 2016

 

MAPIM Johor menunaikan amanah SALIMAH MALAYSIA untuk menyerahkan sumbangan Telekung, Jubah dan Kipas keperluan madrasah - madrasah Rohingya di Johor

 

Antara serahan yang telah dilaksanakan:

 

Madrasah Perling
Jubah lelaki x 13
Kipas besar x 1

 

Madrasah Tangkak
Telekung 11
Kipas dinding 3

 

Madrasah Plentong
Jubah 10
Telekung 11
Kipas dinding 3

 

Selain itu MAPIM Johor juga menyerahkan pakaian kanak2 terpakai dan tudung bawal kepada semua pelajar yg memerlukan hasil sumbangan Warga Singapura pada tahun 2014
 
Selain itu, MAPIM Johor juga mendapat sumbangan dari Pertubuhan Keris Emas wang menjalankan program wakaf Al- Quran untuk menyara elaun guru-guru Al-Quran warga ibu tunggal. Al-Quran yang telah diwakafkn disumbangkan pula untuk kegunaan madrasah Rohingya di Johor dan prgm dakwah di Sarawak.

 

Serahan dilakukan berperingkat dan berjaya dilaksanakan kepada sasaran kerana pencarian saiz pakaian yg beragam dan jarak madrasah yg berjauhan dari lokasi pejabat Mapim Johor

 

Terkini pada 3 November serahan dilaksanakan oleh wakil MAPIM Johor; Tn Hj Ali Ibrahim dan Tn Hj A.Gaphar Mohamad di Madrasah Nuraniah Al Quraniah Rohingya Taman Perling, Johor Bahru. 

 

Mapim Johor mengalu - alukan sumbangan masyarakat berterusan kepada komuniti Rohingya di Johor demi kelangsungan hidup dan pendidikan generasi baru mereka.

 

Aidi Khairin Sabikin
Penyelaras MAPIM Johor

 

 Teruskan Menyumbang!! Sumbangan Anda boleh disalurkan disini  >> Klik Sini <<

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.