Kematian Kanak-kanak Meningkat Di Bumi Syria!

 

Menerima berita saban hari akan kisah sedih kematian anak-anak kecil Syria yang berdepan cuaca sejuk terlampau. Terbaru anak pelarian Syria di kem Lubnan ini meninggal dunia setelah tewas dalam kedhaifan pakaian serta kelengkapan musim sejuk yang dilaporkan semakin teruk melanda. Bantuan sudah diagihkan namun masih jauh tidak mencukupi. Peduli anda berupaya selamatkan nyawa anak kecil yang kesejukkan ini. 

 

Bersama kita mmenyokong misi kemanusiaan musim sejuk RescueSyria ini untuk menghantar bantuan kecemasan kepada pelarian Syria yang berada di Jordan, Lebanon & Syria. Walaupun pihak MAPIM telah menghantar bantuan demi bantuan namun laporan yang diterima jauh tidak mencukupi kala musim sejuk ini. Keadaan bertambah krtikal apabila musim sejuk saat ini direkodkan jumlah kematian kanak-kanak yang kesejukkan semakin meningkat!

 

Secara peribadinya, saya sangat tersentak dan tergamam apabila berada di zon perang Syria. Kanak-kanak, wanita serta orang tidak berdosa menjadi sasaran kezaliman. Direkodkan angka 300,000 terkorban dalam tempoh 2 tahun. Purata jumlah terkorban setiap hari pula dimaklumkan sekitar 200 orang sehari. Syria sangat parah dan perlukan pertolongan segera!

 

AHMAD SANI ARABY AL-KAHERY
Head of Syrian Emergency Aid Appeal Mission (RescueSyria)
saniaraby@gmail.com

 

 

Projek RescueSyria merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Syria yang berada dalam keadaan sangat terdesak. Misi ini didokong oleh beberapa NGO seperti Yayasan Dr. Rozmey, Salimah, #PEKA, Skuad Tamak Pahala, PUM dan SHURA. Turut menyokong bersama adalah barisan artis seperti Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Hijjaz, Pawarna, FarEast, Sham Kamikaze, Ali Terarosa, Bienda dan Siti Nordiana.

 

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.