MAPIM Lancar Baitul Ummah - 'One Stop Centre' di Negeri Sembilan

November 8, 2016

6 Nov, Ahad - Hari ini impian MAPIM Negeri Sembilan menubuhkan sebuah 'one stop centre' tercapai apabila sebuah pusat operasi masyarakat 'multi-fungsi' yang terletak di Bandar Seremban Selatan dirasmikan dengan jayanya. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM

 

Sebelum itu, MAPIM menerusi jelajahnya melancarkan Projek Wakaf & Infaq Al-Aqsa oleh Presiden MAPIM sendiri, Cikgu Azmi melalui kuliah maghrib dan subuh si surau-surau terpilih sekitar Seremban seperti Surau Darul Taqwa, Taman Pulai 2, Sikamat, Surau Taman Coral Height Sikamat dan Surau At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang, Sungai Gadut.

 

Menurut Ustaz Mohd Fuad Othman, Pengerusi MAPIM Negeri Sembilan, "majlis bermula seawal jam 8 pagi ini dimulai dengan program 'Selangkah Ke Gerbang Hijrah' yang dihadiri oleh Puan Farah Asyikin, selebriti hijrah dan kemudian disusuli dengan ceramah bertajuk Hijrah Satu Pengorbanan oleh Tuan Hj Mohd Azmi Abdul Hamid.

 

Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian 'Baitul Ummah'. Semua wakil masjid dan surau sekitar Negeri Sembilan juga dijemput ke majlis ini sebagai satu bentuk 'engagement' berterusan.

 

"Nama 'Baitul Ummah' dipilih sinonim dengan fungsinya sebagai pusat kegiatan masyarakat. Ia bukan sekadar pejabat kepada MAPIM Negeri Sembilan tetapi juga merupakan tempat masyarakat mendapat info berkaitan program MAPIM dan sebagai tempat rujukan bagi memperoleh info penerangan mengenai isu umat Islam seluruh dunia khasnya di Palestin, Syria dan Rohingya.

 

Selain itu, Baitul Ummah juga aktif melaksanakan kuliah pengajian Agama yang bersifat mingguan serta bulanan. Semua ini bertujuan untuk memaksimum fungsi dan peranannya yang jua merupakan sebuah pusat pendidikan.

 

Selain dari perasmian Baitul Ummah ini, MAPIM Negeri Sembilan juga turut melancarkan bantuan keluarga angkat bagi membantu pendidikan anak-anak Rohingya dibawah kendalian 'Rohingya Children Learning Centre'.

 

Antara program terawal ialah Majlis Anugerah Kecemerlangan meraikan anak-anak Rohingya pada 19 November di Sikamat. Bagi individu dan pihak yang berhasrat membantu, sumbangan boleh disalurkan kepada MAPIM Negeri Sembilan (Klil Di SIni) melalui akaun Maybank 555126518993 di atas nama BAITUL UMMAH.

 

Moga usaha kecil kita diberkati Allah dan diangkat sebagai jariah disisiNya.

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.