Era Kewujudan Negara Palestin Sudah Berakhir - Menteri Israel

November 10, 2016

BAITULMAQDIS: Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.

“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya," kata Bennet yang juga anggota  parti pelampau, Jewish Home.

Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.

 

“Ini adalah pendirian presiden (Amerika Syarikat) yang dipilih. Era kewujudan negara Palestin sudah berakhir.”

Sementara itu Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked yang juga dari parti yang sama, mahu Trump mengotakan janjinya untuk mengalihkan Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sesuatu yang lari dari pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat sebelum ini.

Tuntutan yang sama turut disuarakan Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.

Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

 

Status Baitulmaqdis adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin dan rundingan penubuhan negara Palestin selama ini.Rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa akan datang, sementara Israel menganggap bandar itu sebagai ibu negaranya.

Dalam kempennya sebelum ini, Trump  pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

 

SELAMATKAN MASJID AL-AQSA! KAMI BANTU SAMPAIKAN SUMBANGAN ANDA KE MASJID AL-AQSA, PALESTIN! (KLIK DI SINI SEKARANG!) 

 

ATAU IKUTI CARA BERIKUT

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.