Malaysia Tak Perlu Ucap Tahniah Kepada Trump - Presiden

November 11, 2016

Kenyataan Media MAPIM

10 hb November 2016

 

TRUMP AKAN MENJADI MUSUH KEPADA KEAMANAN DUNIA

 

MAPIM menjangka akan berlaku perubahan besar dalam dasar luar AS dibawah Trump.

 

Sikap beliau jelas mengutamaan kekuataan ketenteraan AS untuk memaksa semua negara tunduk kepada AS.

 

Kenyataan Trump bahawa dia akan memastikan kekuatan tentera AS di seluruh dunia akan diperkukuh dan tidak ada sebarang negara yang berani mencabar atau menghalang kehendak AS, bermakna AS akan menonjolkan kedudukannya sebagai polis dunia. 

 

"America first" adalah gambaran bahawa apapun kepentingan dunia mesti meletakkan kepentingan AS diatas segala-galanya.

 

Keamanan akan menjadi mangsa kepada keegoaan AS. 

 

Kali ini dasar AS mengenai Iran, Korea Utara dan China akan disemak semula untuk mengekang potensi AS dicabar. 

 

Dasar melihat negara lain sebagai musuh serta China sebagai pesaing dan mengisitiharkan semula "paksi kejahatan" dunia berada di negara lain dari AS adalah dasar yang akan diguna untuk mengancam mana-mana negara yang tidak sealiran dengan AS.

 

Trump jelas akan memberi sokongan kepada semua kehendak Israel kerana kemenangannya disokong dan didalangi oleh Zionis Yahudi di Rumah Putih sepenuhnya. 

 

Israel yang meneruskan agenda pencerobohan dan penindasan ke atas warga Palestin di Gaza dan di Tebing Barat. 

 

Trump telah menyatakan pendiriannya menyokong Jurusalem sebagai ibu negara Israel.

 

Bermakna agenda Israel Raya (Greater Israel) akan mendapat dokongan penuh AS.

 

Seluruh kekuatan tentera Israel akan pasti menjadi keutamaan Trump kerana negara negara Arab yang menjadi sekutu AS akan dipaksa tunduk kepada Israel.

 

Kami mejangka sikap rasis dan prejudis beliau terhadap Islam dan orang Islam akan diterjemahkan dalam dasar beliau mengenai isu pendatang dan pelarian pelbagai mangsa konflik di Timur Tengah dan dan di negara lain.

 

Malaysia tidak harus merayakan kemenangan Trump dengan ucapan tahniah dan harapan mengeratkan perhubungan. Kewaspadaan terhadap AS perlu ditunjukkan kerana AS kini bukan lagi rakan yang selamat untuk mana mana negara.

 

Trump menolak TPPA kerana beliau mahu kepentingan AS dijamin secara mutlaq. TPPA dilihat tidak cukup kuat menjamin kepentingan semua  konglomerat AS. 

 

Trump dijangka akan mengatur semula semua terma perdagangan dunia mengikut telunjuk AS. 

 

Ekonomi kapitalisme AS akan diperkukuhkan oleh Trump yang akan menjadi asas bagi mengeksploitasi semua negara lain.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

 

 PROJEK WAKAF & INFAQ Al-AQSA (KLIK DI SINI!)

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.