Myanmar dan Bangladesh Mewujudkan Gaza Kedua, Malah Lebih PARAH!!

November 19, 2016

 

Kenyataan Media MAPIM

 

19hb November 2016

 

 

MAPIM kesal agensi-agensi dunia, serantau dan ketua-ketua negara terus mendiamkan diri terhadap perkembangan terkini di Myanmar.

 

Dalam keadaan sekarang Arakan ( Rakhine ) bakal menjadi Gaza yang lebih parah. Bukan sahaja negara jiran Bangladesh bersekongkol dengan Myanmar untuk menutup sempadan, akses bantuan kemanusiaan juga ditutup disemua laluan, dan kini serangan dilancarkan oleh tentera Myanmar yang melibatkan tentera darat, tentera laut dan tentera udara ke atas warga Rohingya diseluruh daerah Maungdaw.


Hingga saat ini Arakan terus terkepung dan pembunuhan diteruskan oleh operasi tentera Myanmar. Ribuan warga Rohingya, kanak-kanak, wanita dan orang tua terpaksa menyelamatkan diri tanpa kepastian dimana tempat yang selamat untuk mereka.


Berbanding Gaza, keadaan di Arakan lebih parah kerana warga Rohingya tidak mempunyai perlindungan semasekali dan tidak memilikki sebarang keupayaan untuk mempertahankan diri. 


Bangladesh bertindak persis seperti Mesir. Mesir menutup sempadan dipintu Rafah, manakala Bangladesh menutup sempadan dengan Myanmar disepanjang sungai Teknaf. Malah keadaan di Bangladesh lebih buruk bila pelarian Rohingya sering berdepan dengan penangkapan, pemerasan, penyiksaan dan pembunuhan oleh pihak berkuasa Bangladesh itu sendiri.


Laporan mendapati pelarian Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan di sungai Teknaf, dihalang oleh tentera Bangladesh dan ditolak semula ke Myanmar. Sedangkan tentera Myanmar pula memburu mereka untuk ditangkap dan ada yang dibunuh.


Melihat kepada operasi ketenteraan besar-besaran yang sedang dilancarkan di daerah Maungdaw dan kini merebak diseluruh Arakan, genocide dengan skala besar-besaran sedang berlaku. 


Puluhan ribu askar Myanmar sudah dihantar ke kawasan berkenaan mengambarkan seolah-olah Myanmar kini sedang berada dalam keadaan perang.


Kami mendapati penggunaan senjata berat seperti pelancar roket dan helikopter  penyerang adalah petunjuk betapa tentera Myanmar bukan bertujuan untuk memburu kumpulan tertentu tetapi bertujuan untuk menghapuskan semua etnik Rohingya yang berada di seluruh Myanmar.


Pembakaran puluhan perkampungan dan ribuan rumah warga Rohingya termasuk masjid oleh tentara Myanmar sudah menjadi laporan media yang diketahui oleh dunia.


Ratusan orang awam Rohingya yang telah terbunuh termasuk wanita, kanak-kanak dan anak muda. Nampaknya kali ini pembersihan etnik Rohingya sedang dilancarkan membabitkan tentera dan militia Buddhis yang dibekalkan dengan senjata.


Laporan bayi dibunuh dengan kejam dan dicampak ke dalam api yang sedang membakar kampung-kampung Rohingya menunjukkan kezaliman tentera Myanmar sudah berada dikemuncak. 


Sementara itu laporan wanita-wanita dirogol oleh tentera dan militia Buddhis sebagai" senjata perang" ( weapons of war ) juga dilapor berlaku melalui testimoni mangsa.


Keadaan kini jauh lebih parah dari keadaan pada 2012 sebelum ini kerana serangan keatas kampung-kampung Rohingya dilancarkan bersama tentera.


Soalnya dimana Aung Sun Su Kyi ? Dimana Asean, OIC, UN dan EU ?


Kenapa agensi antarabangsa maseh membiarkan kezaliman ini berterusan ?


Dunia diam membisu terhadap keadaan ini melambangkan ujud diskriminasi dalam memilih genocide yang mana hendak diberi perhatian. Padahal penindasan terhadap etnik Rohingya ini sudah berlaku puluhan tahun sebelum ini.

 

Ternyata delegasi UN yang dihantar sebelum ini tidak membawa erti apa-apa. Disebaliknya ada laporan diterima bahawa ramai warga Rohingya yang diugut, ditangkap, disumbat kedalam penjara dan disiksa setelah delegasi UN keluar dari kawasan yang dilawati. Kes ramai yang ditahan dan hilang dari pengetahuan keluarga berleluasa dalam operasi yang berlaku di Muangdaw sekarang.


Kami menuntut tindakan antarabangsa berkesan mesti dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih parah. : 


1.Sekatan ekonomi ke atas Myanmar perlu dikuatkuasakan segera jika dunia mahu melihat keadaan kemanusiaan di Myanmar tidak menjadi lebih buruk.


2. Akses kepada semua agensi kemanusiaan mesti dibuka dan operasi bantuan kepada mangsa mesti dilancarkan segera.


3. Sementara itu kami menuntut supaya agensi antarabangsa seperti UN menekan kerajaan Myanmar untuk membolehkan penyiasatan bebas dilakukan bagi mengheret pihak yang bertanggungjawab melakukan operasi tidak berperikemanusiaan di kawasan terbabit kemuka pengadilan. 


4. Menekan kerajaan Bangladesh membuka sempadan supaya mangsa pelarian Rohingya dapat mencari perlindungan dan memberi akses kepada agensi kemanusiaan menyalurkan bantuan untuk pelarian tersebut di Bangladesh.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.