MAPIM Dan 28 NGO Antarabangsa Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Myanmar

December 1, 2016

KUANTAN: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 28 Badan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa sedia menghantar misi Flotilla atau bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar yang sedang ditindas.
 

 

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abd Hamid (foto) berkata, misi Flotilla ke Myanmar bersama NGO dari 20 negara itu dijangka belayar pada 10 Januari tahun depan dan disertai kira-kira 50 sukarelawan terdiri daripada pegawai perubatan dan aktivis kemanusiaan.

 

 

“Kini MAPIM sedang berusaha mengumpul dana bagi tujuan murni ini, dianggarkan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk tujuan menyewa kapal dan membeli barang-barang makanan dan keperluan lain."

 

 

Azmi berkata demikian ketika melancarkan "Solidarity For Rohingya" peringkat Negeri Pahang di Dewan Bakawali, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM) dekat sini petang tadi. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Abd Bashir Abd Ghani, Haluan Pahang.

 

 

"Dianggarkan kami memerlukan tiga kapal yang penuh dengan makanan dan barangan keperluan bagi tujuan ini,” katanya di hadapan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pahang yang terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam (ABIM), Malaysia Relief Agency (MRA), Wadah Kecerdasan Umat (WADAH), Ikatan Muslimin  Malaysia (ISMA), Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), Briged Bakti Malaysia (Pahang), Yayasan Amal Pahang, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LPKIM). #PDONEWS

 

Sumber: PahangDaily

 

 

 

 

Save

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.