MAPIM Kumpul Bukti Heret Myanmar ke ICC

December 14, 2016

IPOH, 3 Disember, Sabtu – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam proses mengumpul bahan bukti kekejaman Myanmar ke atas umat Islam Rohingya bagi mengheret negara berkenaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam masa terdekat.

 

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, usaha itu dilakukan bersama rangkaian di peringkat antarabangsa termasuk Islamic Human Rights Commission (IHRC) di London bagi memastikan Myanmar diadili dan dikenakan tindakan setimpal.

 

 

“Kami sedang mengumpul bukti kes pembunuhan, pemerkosaan dan pembunuhan secara ‘genocide’ ini dan akan bekerjasama dengan rangkaian IHRC untuk memfailkan kes di ICC dalam masa terdekat.

 

“Sekarang mereka (IHRC) sedang menunggu MAPIM menghantar laporan dengan kerjasama wakil Rohingya untuk memenuhi standard laporan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Solidariti Rohingya dan program Solidariti Rohingya dan Kepedulian Ummah di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, malam tadi.

 

Turut hadir ialah Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

 

Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata, pihaknya akan mengemukakan kes itu di bawah jenayah ke atas kemanusiaan yang dilakukan tentera dan kerajaan Myanmar yang belum pernah dilakukan mana-mana pihak bagi kes Rohingya.

 

Selain itu, beliau berkata, MAPIM juga telah bersepakat dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa termasuk mendesak kumpulan negara seperti ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar agar menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya.

 

“Kami telah memberi kata dua kepada Myanmar dan dalam tempoh tujuh hari sebelum melancarkan boikot antarabangsa terhadap Myanmar sekiranya jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik itu tidak dihentikan.

 

“Ada empat hari lagi, jika masih belum reda, kita akan melancarkan boikot ini di Kuala Lumpur dan mendedahkan kepada dunia supaya sekatan ekonomi ke atas Myanmar dikenakan semula,” katanya.

 

Sumber: IsmaWeb.net

 

>> KLIK DI SINI UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG ROHINGYA <<

 

 

Save

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.