MAPIM Salur Bantuan Malaysia Kepada Pelarian Rohingya

December 15, 2016

 

Chittagong, Bangladesh - 15 Disember 2016.  Bantuan kecemasan terus disalur kepada pelarian yg baru tiba di Chittagong dari Maungdaw, Myanmar setelah berjalan hampir 100km!

 

Konflik Kemanusiaan yang berlaku di Maungdaw awal Oktober lepas menyebabkan puluhan ribu pelarian yang lari ke negara Bangladesh.

 

Jumlah pelarian baru yang baru saja sampai di Bangladesh adalah seramai 10,000 keluarga dan hampir 50,000 orang.

 

Mereka yang berjaya melepasi sungai Teknaf berhijrah beramai-ramai ke Bangladesh demi menyelamatkan diri dari disiksa oleh Tentera Myanmar di Maungdaw. 

 

Difahamkan kesemua 50,000 pelarian ini telah memenuhkan kampung-kampung disekitar Chittagong, Cox Bazaar dan Teknaf. 

 

 

Mapim dengan kerjasama Group FB Titian Kasih giat membuat kempen kemanusiaan dan kutipan dana bagi terus menyalurkan bantuan berupa pek makanan dan selimut dalam meringankan beban pelarian ini.

 

 

 

Jumlah bantuan sebanyak RM 10,000 hasil sumbangan orang ramai melalui Media Sosial khususnya telah diagihkan dalam bentuk pek makanan yang berisi beras, minyak, garam, ubi kentang, rempah dan kacang dhal. 

 

"Bantuan untuk Fasa pertama ini fokus kepada pelarian di daerah Chittagong dan akan menyusul fasa seterusnya di kem-kem pelarian di kawasan Cox Bazaar dan Teknaf yang masih dikawal ketat oleh pihak polis dan tentera" Kata Ketua Misi Mapim Saudara Rozaidi Taib.

  

 

Seorang wanita yang sempat ditemuramah aktivis. Wanita ini kematian suami kerana ditembak ketika Askar Myanmar menyerbu kampung mereka dan 2 anaknya tidak diketahui keberadaan sehingga kini samada hidup atau mati.

 

 

Kami bantu anda untuk salurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya ini dan Sumbangan masih lagi dikumpul untuk fasa seterusnya dalam misi kemanusiaan awal Januari ini.

 

>> Klik Disini Untuk Menyumbang<<

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.