MAPIM Sasar Lancar 'Food Flotila to Myanmar' Januari Depan

December 15, 2016

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merancang untuk melancarkan misi bantuan kemanusiaan untuk umat Islam Rohingya di Myanmar pada 7 Januari tahun depan.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid yakin misi kali ini dengan nama 'Food Flotila to Myanmar' mampu dilaksanakan selepas rancangan pada 2012 gagal berikutan tidak mempunyai kapal bagi misi itu. 

Kata Mohd Azmi, keyakinan itu berlandaskan 'isyarat' yang diterima pihaknya daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memperakui rancangan tersebut, selain kenyataan komitmen daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta kepimpinan banyak negara yang telah dihubunginya.

"Sekarang ini MAPIM sedang membuat rangkaian di peringkat ASEAN, menarik NGO-NGO yang mahu fokus terhadap isu ini antaranya daripada Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

"Ini sebagai satu simbolik kerana untuk mendapatkan kapal yang besar mungkin agak sukar, tetapi sekurang-kurangnya kita mahu pecahkan sekatan ini supaya apabila mereka (kerajaan Myanmar) boleh beri laluan, saya harap lebih banyak lagi bantuan dapat dihantar," katanya selepas forum awam bertajuk 'Tangisan Rohingya: Tiada Siapa Yang Peduli?' di Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Selain bantuan makanan, turut dirancang untuk disertakan dalam misi tersebut adalah perubatan juga khemah-khemah untuk warga Rohingya yang kehilangan tempat tinggal dapat berlindung teduh ketika dalam pelarian di negara mereka.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.