MAPIM Mula Hantar Sukarelawan Ke Syria

December 26, 2016

 

 

Sepang : Empat sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berlepas ke Syria, 9.15 pagi tadi bagi melaksanakan Misi Bantuan Kecemasan Rescue Syria.

 

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka berada di sana kira-kira 10 hari.

 

Pengarah Strategik dan Korporat MAPIM merangkap ketua misi, Sani Araby Al-Kahery berkata, misi kali ini memfokuskan kepada beberapa projek terdesak antaranya pembinaan 1,000 khemah pelarian memandangkan dianggarkan seramai 80,000 pelarian baharu susulan peperangan sebelum ini.

 

"Selain itu, tiga treler membawa bantuan makanan akan dihantar terus ke Syria selain ubatan, selimut untuk musim salji dan kemudahan ambulans.

 

"Kita juga menghantar bantuan sebanyak RM500,000 yang dikumpulkan dalam tempoh lima hari hasil sumbangan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, mereka dijangka pulang ke tanah air pada 12 Januari manakala, kumpulan kedua membabitkan 10 sukarelawan MAPIM seterusnya berlepas pada 15 Januari.

 

>> Kami Bantu Salur Sumbangan Anda! Klik Disini. <<

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.