Perak Sumbang RM150 Ribu Untuk Misi Kemanusiaan Rohingya.

December 29, 2016

 

 

IPOH: Sebanyak RM150,892 berjaya dikutip setakat ini untuk tabung bantuan masyarakat Islam Rohingya sejak ia dilancarkan di masjid-masjid seluruh negeri Perak pada 9 Disember lalu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, sumbangan masih terus diterima kerana ia masih dibuka di semua masjid.

 

Menurut beliau, sumbangan akan disalurkan melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Kelab Putra 1 Malaysia yang akan menghantar bantuan perubatan dan makanan ke negara berkenaan.

 

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda prihatinan dan perikemanusiaan umat Islam di Perak terhadap nasib yang menimpa saudara mereka di sana, bak kata pepatah, cubit peha kira, peha kanan juga terasa.

 

 

“Diharapkan dengan sumbangan ini, akan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang mereka tanggung,” katanya dalam sidang media sempena majlis penyerahan cek sumbangan itu kepada Timbalan Presiden MAPIM, Zulkifly Ibrahim di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

 

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

 

Drs Nizar berkata, selain sumbangan itu, usaha lain juga perlu dilakukan, termasuk melalui saluran diplomatik untuk menghentikan penindasan yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya.

 

Sementara itu, Mohd Yusop berkata, mana-mana pihak yang ingin menjalankan kutipan seumpama itu, perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, bagi mengelakkan kemungkinan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sifat pemurah dan prihatin rakyat Malaysia.

 

Zulkifly pula memberitahu, rombongan Food Flotilla For Myanmar yang membawa ubat-ubatan dan makanan dijangka akan berlepas daripada Pelabuhan Kelang pada 10 Januari akan datang.

 

 

 

Menurutnya, rombongan akan berhenti di perairan antarabangsa berdekatan dengan Myanmar, seterusnya ke Pelabuhan Teknaf di Bangladesh untuk mengadakan rundingan bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di sempadan Bangladesh.

 

“Selain daripada makanan dan ubat-ubatan, kita mensasarkan lebih kurang 200 orang yang juga akan pergi bersama kapal, terdiri daripada orang politik, individu, agamawan, para doktor, media dan NGO antarabangsa dengan harapan dunia akan melihat apa yang berlaku di Myanmar itu sebagai sesuatu yang memerlukan perhatian dan perlu diselesaikan,” ujarnya.

 

Beliau berkata, hasil desakan kerajaan Malaysia, satu program permukiman Menteri-Menteri Luar telah diadakan di Yangon yang akhirnya kerajaan Myanmar melalui Aung San Suu Kyi bersetuju membuka ruang supaya bantuan dapat disalurkan.

 

 

 

 

Dana telah diserahkan oleh YB Drs Dato Nizar Bin Zakaria, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak kepada Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim, Timbalan Presiden MAPIM. Turut bersama Dato Yusop Bin Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

 

>> Anda Juga Boleh Menyalurkan Sumbangan. Klik Disini. <<

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.