Muslim Tidak Diterima di US - Trump

January 30, 2017

Kenyataan Media 

28 Januari 2017

 

TRUMP MENINGKATKAN PERMUSUHAN TERHADAP ISLAM

 

Sekali lagi secara konsisten, tapi dengan cara penetapan polisi luar negara yang tidak normal, Presiden US, Donald Trump, mengeluarkan satu lagi Executive Order pada 27 Januari 2017, mengenai "langkah baru saringan yang ketat" (new extreme vetting measures)  terhadap pendatang dan pelarian Muslim dari Timur Tengah terutama dari Syria. 

 

Arahan Eksekutif Presiden ini ditandatangani pada hari Peringatan Holokos (Halacoust Memorial Day), dan dengan itu meletakkan nilai kemanusiaan yang selama ini kononnya disanjung oleh US, tidak bermakna lagi.

 

Tujuannya mengikut kata Trump, adalah untuk membersihkan dari bumi US apa yang digelar "Teroris Islam Radikal" (Radical Islamic Terorrist) . 

 

Rasional polisi ini adalah atas alasan keselamatan dalam negeri, akan tetapi ia menjadi tanda tanya sebab tindakan terorisme di US selama ini tidak pernah dilakukan oleh pelarian dari luar, sebaliknya dikalangan rakyat US sendiri.

 

Jadi polisi ini yang mensasarkan pendatang atas asas pegangan agama atau dari negara mana mereka dilahirkan, adalah tidak masa akal.

 

Trump mengelakkan diri dari mengistiharkan "larangan ke atas Muslim"( Muslim Ban) kerana ia akan dicabar atas nama Perlembagaan Negara US. Jadi beliau mengguna alasan arahan peraturan imigresyen kerana kuasa Presiden membolehkan keputusan itu diambil.

 

Sebelum ini sudah terdapat 21 langkah saringan oleh pihak Keselamatan Dalam Negeri US,  sebelum seseorang pendatang diterima masuk. Dengan arahan baru ini mungkin elemen ideologi iaitu menguji tahap sejauhmana seorang pendatang sayang kepada Amerika akan dijadikan kriteria. Ini sangat subjektif dan akan dilakukan dengan penuh kecurigaan terhadap seorang pendatang Muslim.

 


Beliau mengumumkan menggantung penerimaan pendatang dan pelarian dari Syria selama 120 hari, walaupun ada kenyataan sampingan bahawa pendatang penganut Kristian akan lebih utama untuk diterima kerana beliau mendakwa kononnya kelompok Kristian paling tertindas di Syria.

 

Beliau juga menyatakan US hanya mahu menerima mereka yang menyokong dan menyanyangi secara mendalam rakyat US. 

 

Inti kepada polisi Trump ini adalah mengistharkan bahawa Muslim tidak diterima di US dan Muslim akan menjadi penganut paling dicurigai di US. Pengumuman ini adalah petanda permulaan kepada polisi yang lebih besar iaitu polisi untuk menekan negara-negara Muslim seluruh dunia.

 

Kami mengutuk polisi Trump ini kerana jelas kali ini US telah mengesahkan permusuhan terbuka tehadap Islam dan Muslim. Sebahgian Negara Islam dan ketua negara Islam yang selama ini menjadi budak dan alat kepada US , bukan sahaja untuk menjaga kepentingan US tetapi melindungi Israel. 

 

Mereka perlu faham bahawa US kini akan mengukuhkan kedudukannya; ekonomi, politik dan ketenteraan, tanpa mempedulikan kesan kepada umat Islam.

 

Retorik kempen Trump ketika pilihanraya Presiden US, kini diterjemahkan dalam bentuk Executive Order dengan sikap permusuhan yang jelas terhadap Islam.

 

Kami mengingatkan kepada kerajaan Malaysia bahawa sebarang perhubungan dengan US kini harus dikaji semula sebelum Negara ini menjadi sasaran Trump untuk mengenakan polisi "American First". 

 

Malaysia perlu mampu membaca setiap kenyataan Trump yang dikeluarkan beliau secara tergopoh gapah (hastily), membingungkan (bewildering) dan tidak melalui proses konvensional (sering melalui twitter), tetapi membawa implikasi besar kepada bagaimana Malaysia harus berurusan dengan US semada dalam perundingan diplomatik mahupun urusan perdagangan.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.