Misi Flotilla Rentasi Ideologi Politik

February 10, 2017

 

LAUT ANDAMAN 8 Feb. - Pas menyokong agenda kerajaan untuk memastikan kezaliman terhadap etnik Rohingya yang juga saudara sesama Islam yang ditindas dapat dibela.

Itu kata-kata yang disuarakan sukarelawan Pas yang menyertai misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' menuju ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

 

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, umat Islam perlu bergabung memandangkan isu Rohingya ini merentasi sempadan politik.

 

"Agenda Islam adalah sentiasa agenda bersama dan ahli parlimen Pas sendiri beri sokongan kepada kerajaan (sedia ada) berhubung isu Rohingya," katanya ketika ditemui di atas kapal hari ini.

 

Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gelombang yang diterajui Malaysia pastinya membuka mata dunia untuk memberi perhatian terhadap etnik Rohingya yang ditindas.

 

Ditanya adakah Pas akan meneruskan kerjasama lain dengan kerajaan, beliau tidak menolak kemungkinan yang pihaknya akan terus bekerjasama demi kepentingan agama Islam serta negara.

 

"Setakat ini semua berjalan dengan baik. Harapnya misi mencapai objektif yang ditetapkan," katanya.

 

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan Pas, Sazali Sudin, 40, berkata, kesusahan yang dihadapi etnik Rohingya menyebabkan beliau terpanggil untuk menyertai misi ini.

 

"Ini tanggungjawab umat Islam dan saya merasa cukup bertuah kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung meskipun berbeza fahaman.

 

"Saya berharap kami dapat sampaikan bantuan selain saya mahu lihat sendiri keadaan keperitan yang dilalui etnik Rohingya kerana anak mereka seperti anak saya juga," katanya.

 

Misi yang masuk hari keenam ini membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut, dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.

 

Misi 'Food Flotilla for Myanmar' adalah anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

 

Program itu disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.