Nautical Aliya Beremosi

February 14, 2017

 

Yangon: Suasana sedikit emosi di atas Nautical Aliya ketika khatib, Dr Riduan Mohd Nor membacakan khutbah Jumaat yang diadakan buat kali pertama di atas kapal ini.

 

Dengan khutbah bertajuk ‘Kewafatan Rasulullah SAW’, ia begitu memberi kesan kepada jemaah apatah lagi ketika menyentuh perjuangan memartabatkan Islam.

 

Kesempatan mengadakan solat Jumaat begitu bermakna kerana usai solat, Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamed mula mengangkat sauh untuk meninggalkan Terminal Antarabangsa Myanmar di Thilawa.

 

Ini bermakna selesai fasa pertama selepas majlis penyerahan 500 tan sumbangan di Terminal Antarabangsa Thilawa Myanmar, semalam.

 

Apa tidaknya, persoalan bagaimana episod perjalanan Nautical Aliya dalam misi Food Flotilla For Myanmar ini menjadi topik sejak sukarelawan berkumpul di Pelabuhan Utara Jumaat minggu lalu.

 

Masing-masing belum nampak apa yang akan berlaku, bagaimana jadual harian serta pengakhiran destinasi kapal ini, sama ada berjaya atau tidak.

 

Sepanjang tempoh ini saya secara peribadi mengagumi empat individu, Chief De Mission Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengarah Operasi Datuk Mohd Farid Hassan dan Kapten Mohd Firdaus.

 

Ini kerana di sebalik sikap bersahaja mereka, ada bebanan ditanggung tanpa pengetahuan sukarelawan dan media sendiri.

 

Dari 4 Februari lagi, apabila kerajaan Bangladesh hanya membenarkan Nautical Aliya berlabuh di tiga tempat, ia satu tamparan hebat kepada penganjur. Sudah tentu yang pening ialah Abdul Azeez dan Mohd Azmi.

 

Berselang empat hari, penganjur buat keputusan turun di Chittagong dan bergerak masuk ke Cox’s Bazar, namun setakat ini ia masih menjadi tanda tanya.

 

Semalam, Mohd Farid yang sepatutnya bergegas ke Dhaka untuk urusan awal di sana tidak dibenarkan turun menyebabkan perancangan tergendala. Begitupun, beliau dilihat sibuk ke sana ke mari mencari jalan memastikan misi selesai.

 

Berbalik pada rasa kagum tadi, saya tabik kepada Kapten Mohd Firdaus yang sentiasa ‘cool’ melayan sukarelawan walaupun sibuk mengemudi kapal.

 

Dua hari lalu, dia bukan saja memberi kebenaran, malah menyertai saya dan rakan media berada di lapangan helikopter dan meniru aksi Manekuin beberapa kali dengan gaya tersendiri.

 

Kemudian selepas solat berjemaah, dia menyertai kami melepak sambil berkongsi pengalaman selama 10 tahun menjadi kapten dengan menggelarkan dirinya ‘Kapten Jack Sparrow’.

 

Dia ada di mana-mana di atas kapal ini. Hampir tiada larangan kepada jurugambar Syarafiq Abd Samad dan Adib Hasri untuk mengambil ‘shot’ terbaik.

 

Moralnya, tak rugi berbuat baik pada orang kerana keesokannya hampir semua petugas media berkongsi hasil sama ada keratan akhbar, pautan video dan pautan Facebook dengan beliau kerana sikapnya yang bersahaja. Hidup Kapten!

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.