Somalia Kemarau, 110 Maut Dalam Tempoh 48 Jam

MOGADISHU: Seramai 110 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak maut dalam tempoh 2 hari akibat kebuluran dan cirit-birit di selatan Somalia susulan kemarau yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan.

 

Pada Februari Tabung Darurat Kanak-lanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata tahun ini, kira-kira 270,000 kanak-kanak bakal menderita akibat kekurangan zat makanan ekoran kemarau di Somalia.

 

“Situasi itu turut menyukarkan penternak dan ternakan mereka. Pada masa sama ramai penduduk dilanda kebuluran dan cirit-birit.

 

Dalam tempoh 48 jam lepas 110 orang maut di wilayah Bay.

 

“Kerajaan Somalia akan berusaha sebaik mungkin dan menggesa semua rakyat Somalia walau di mana berada untuk membantu penduduk yang kebuluran,” kata kenyataan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri Hassan Ali Khaire selepas mesyuarat jawatankuasa tindakan kebuluran.

 

Empat hari lepas Presiden Mohamed Abdullahi Farmajo mengumumkan keadaan kemarau itu sebagai bencana negara.

 

Awal minggu ini penyelaras bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Somalia Peter de Clercq memberi amaran kemarau akan mengundang masalah kebuluran.

 

Menurut laporan bersama PBB dan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, kebuluran di Somalia mengorbankan 258,000 orang antara 2010 dan 2012.

 

Pertubuhan kemanusiaan turut mengkritik tindakan masyarakat antarabangsa yang dikatakan lambat dalam memberi bantuan terhadap penduduk yang dilanda krisis kebuluran.

 

Jika masalah itu berlarutan UNICEF menganggarkan 1.4 juta kanak-kanak berdepan risiko kematian.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.