Konflik Syria Penyebab Kebuluran

March 31, 2017

Reyhanli (Turki): Berikutan konflik tidak berkesudahan, bekalan makanan di sesetengah kawasan di Syria terputus menyebabkan muftinya terpaksa mengeluarkan fatwa dibolehkan memakan kucing.

 

Di sesetengah wilayah Syria seperti Allepo, Dar'a, Homs, Idlib dan pinggir Damsyik masih teruk kerana terus menjadi sasaran bom tong dram serta bom kimia tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.

 

Pengarah Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) untuk isu Syria di sini, Mus'ab berkata, ulama Syria mengeluarkan fatwa mengharuskan memakan haiwan terbabit kerana tiada apa yang tinggal termasuk rumput untuk dimakan di sesetengah kawasan.

 

“Keadaan paling susah adalah musim sejuk sebab khemah macam peti sejuk namun musim panas juga hebat cabarannya sebab khemah menjadi seperti ketuhar,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam taklimat di pejabat IHH iaitu antara NGO yang terbesar dunia berpusat di Turki.

 

Mus'ab turut menyatakan penghargaan atas usaha rakyat Malaysia yang membantu menyediakan sekolah untuk pendidikan anak pelarian Syria.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Mus'ab berkata, konflik di Syria sudah memasuki tahun keenam dan ramai sudah keciciran pelajaran.

 

“Di tanah Syria seberang sempadan Reyhanli terdapat lebih 500,000 pelarian tinggal di kem.

 

“Sudah enam tahun mereka dalam keadaan sedemikian rupa.

 

“Jika konflik berlanjutan hingga lebih 10 tahun lagi, Syria akan kehilangan pelapis profesional termasuk doktor, guru, arkitek, jurutera malah mungkin tukang gunting rambut pun tak ada. Ini disebabkan kanak-kanak tercicir pendidikan,” katanya.

 

Menurutnya, di wilayah ini sahaja terdapat seramai 120,000 pelarian Syria berbanding 60,000 rakyat tempatan Turki.

 

Secara berseloroh dia mengumpamakan pendatang itu jika boleh mengundi, tentunya akan menguasai wilayah Reyhanli.

 

“Namun kami di Turki sedaya-upaya untuk memastikan anak pelarian Syria tidak tercicir dalam pelajaran.

 

“Bangunlah dunia, Syria kini umpama anak yatim piatu yang memerlukan ibu bapa angkat untuk keselamatan dan masa depan mereka," katanya.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.