58 Maut, Ratusan Cedera Serangan Kimia di Syria

April 5, 2017

 

Damsyik: Serangan disyaki menggunakan bahan kimia membunuh sekurang-kurangnya 58 orang awam termasuk kanak-kanak di kawasan dikuasai kumpulan penentang di barat laut Syria, semalam.

 

Serangan di Khan Sheikhun, wilayah Idlib - dianggap antara yang paling dahsyat dalam perang saudara enam tahun negara itu - menyebabkan puluhan orang mengalami masalah pernafasan selain menunjukkan gejala termasuk muntah, pengsan dan berbuih mulut, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

 

Sebuah hospital di bandar itu, di mana doktor merawat mangsa serangan berkenaan, dilaporkan turut diserang, kata wartawan AFP di sana.

 

Menurutnya, pintu masuk ke hospital itu dibedil sehingga menimbuskan anggota penyelamat yang sedang membersihkan bahan kimia daripada mangsa yang dibawa ke situ untuk rawatan.

 

Menurut SOHR, serangan berlaku di kawasan perumahan di Khan Sheikhun pada awal pagi semalam (waktu tempatan) menggunakan pesawat pejuang.

 

Katanya, 11 kanak-kanak antara mangsa yang maut dengan sekurang-kurangnya 160 yang lain cedera.

 

“Ramai yang nazak dan tidak menunjukkan harapan mampu diselamatkan walaupun sudah dibawa ke hospital,” katanya.

 

SOHR bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jenis gas digunakan, atau sama ada ia dilancarkan kerajaan Syria atau Russia.

 

Wartawan AFP mendakwa melihat seorang kanak-kanak perempuan, wanita dan dua warga emas mati dengan mulut mereka berbuih.

 

Sementara itu, di Paris, Menteri Luar Perancis Jean-Marc Ayrault mengecam kejadian itu dan mendesak mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan.

 

“Laporan awal mengatakan jumlah kematian yang tinggi termasuk kanak-kanak. Saya kutuk sekeras-kerasnya perbuatan menjijikkan ini,” katanya.

 

Sementara itu, tentera kerajaan dan Russia menafikan melancarkan serangan udara berhampiran Khan Sheikhun.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.