PBB Bincang Serangan Kimia Malam Ini

April 5, 2017

 

 

 

 

New York: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bermesyuarat hari ini berhubung dakwaan serangan kimia di Syria.

 

Mesyuarat itu dipanggil oleh Britain dan Perancis susulan laporan serangan pada awal Selasa.

 

 

Duta Amerika Syarikat ke PBB merangkap Presiden Majlis, Nikki Haley mengumumkan mesyuarat yang akan diadakan pada 10 pagi waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) akan membincangkan “Serangan Senjata Kimia yang Dahsyat di Syria.”

 

 

Majlis akan mendengar taklimat dan “Kami harap mendapat sebanyak maklumat yang boleh mengenai serangan di Syria ini,” kata Haley.

 

Britain dan Perancis berharap dapat menuntut Majlis Keselamatan supaya pihak yang menggunakan gas kimia ini akan dipertanggungjawabkan.

 

Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Antonia Guterres berkata dia "sangat terganggu" dengan serangan ini tetapi badan itu tidak dapat mengesahkan laporan serangan terbabit.

 

Serangan di Bandar Khan Sheikhun itu membunuh sekurang-kurannyg 58 orang awam manakala ramai lagi menghadapi masalah pernafasan dan simptom termasuk muntah, pengsan dan berbuih di mulut, menurut Syrian Observatory for Human Rights.

 

Katanya, sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak antara mangsa korban.

 

Sementara itu, dalam kenyataan menerusi agensi berita kebangsaan, SANA, tentera Syria menafikan terlibat dalam serangan itu.

 

“Pihak Pemerintah tentera menafikan menggunakan bahan kimia atau toksik di Khan Sheikhun.

 

 

“Kami menegaskan tidak pernah menggunakan bahan itu pada bila-bila masa, di mana sahaja dan tidak akan menggunakannya dalam masa akan datang,” katanya.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.