Regim Bashar Makin Kejam

April 5, 2017

Brussel : Semua bukti menunjukkan regim Presiden Syria, Bashar al-Assad, bertanggungjawab melakukan serangan senjata kimia dipercayai gas sarin menyebabkan 72 maut dengan 20 daripadanya kanak-kanak di Idlib, bandar dikuasai pemberontak, semalam.

 

AFP melaporkan, Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, berkata: “Semua bukti yang saya tengok menunjukkan regim Assad menggunakan senjata ini yang diharamkan terhadap rakyatnya sendiri.

 

Menurut Johnson yang tiba di sini untuk persidangan mengenai bantuan kepada Syria, serangan itu menunjukkan apa yang bakal berlaku jika regim Assad menguasai Syria sepenuhnya nanti.

 

Persidangan di Brussels anjuran Kesatuan Eropah (EU) dan PBB merancang mengumpul dana AS$11 bilion untuk program kemanusiaan di Syria.

 

Doktor yang merawat mangsa di hospital sementara di Idlib menyatakan puluhan mangsa dari Khan Sheikhoun menunjukkan tanda keracunan gas sarin, termasuk mulut berbuih, kesukaran bernafas dan lumpuh anggota badan.

 

Aktivis pembangkang Syria mendakwa serangan senjata kimia itu ketika satu serangan udara yang dilakukan sama ada oleh pesawat sama ada milik regim Assad atau Russia yang menyokong Assad.

 

Russia bagaimanapun, mendakwa tiada pesawatnya melakukan serangan udara di kawasan berkenaan.

 

Kira-kira 400 lagi terdedah kepada gas sarin akibat serangan itu dan selain kanak-kanak, turut maut termasuk 17 wanita.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.