MAPIM Kehilangan Seorang Aktivis dan Penasyid Yang Gigih Menyantuni Masyarakat

April 10, 2017

Pemergian Allahyarham Azhan Atan pada awal pagi semalam (10 April 2017) sangat mengejutkan kita semua. 

 

Kehilangan beliau amat menyedihkan seluruh warga MAPIM dan sudah pasti juga kepada para ahli gerakan dakwah dan sukarelawan di seluruh negara. 

 

Saudara Azhan Atan yg sangat dikenali dalam dunia dakwah khususnya selepas  beliau muncul dalam rancangan realiti TV9, Akademi Nasyid dan menang sebagai juara dalam rancangan ini. Suaranya yang sangat merdu mengalukan nasyid menjadi mesej suara dakwah yang sangat terkesan.

 

 

Beliau yang banyak terlibat dalam gerakerja sukarelawan MAPIM dan Unit Amal Malaysia sangat gigih bergerak ke seluruh negara menyantuni masyarakat walapun beliau sendiri adalah seorang yang cacat separuh penglihatan. Kegigihan beliau bertungkus lumus dalam operasi bantuan banjir pantai timur beberapa tahun lalu amat dingingati oleh para sukarelawan dari seluruh negara.

 

Beliau juga adalah sukarelawan MAPIM yang telah mengikuti misi kemanusian ke Gaza Palestin beberapa tahun yang lalu. 

 

Komitmen beliau dalam kerja kerja sukarelawan adalah idola anak anak muda yang ramai dilatih dibawah bimbingannya.

 

Semoga kerja kerja amal kebajikannya di ganjari rahmat oleh Allah SWT.

 

Mudahan rohnya dirahmati Allah swt dan mendapat syafaat nabi saw.

 

Takziah kepada kepada isteri,anak anak dan keluarganya.

 

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

AlFatihah    

 

   . بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

 

 

Ahmad Tarmizi Sulaiman

Naib Presiden MAPIM

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.