Ilustrasi Kartun; Nanyang Sengaja Persenda dan Menghina

April 13, 2017

Kenyataan Media 

12 hb April 2017 

 

NANYANG MEMPROVOKASI KETEGANGAN ANTARA AGAMA.

 

MAPIM kesal terhadap editor akhbar Nanyang Siang Pau yang telah menunjukkan sikap yang sangat tidak beretika dan memprovokasi kemarahan masyarakat Islam terhadap isu sokongan kepada pindaan RUU 355.

 

Dalam perbahasan yang hangat terhadap isu RUU 355, sebarang kenyataan atau komentar serta siaran yang cuba menunjukkan sikap yang menyentuh sensitiviti dan kerukunan beragama, sepatutnya dielakkan.

 

Adalah amat tidak bijak bila sikap tidak bersetuju kepada sesuatu isu ditunjukkan dengan cara menghina dan mempersenda institusi Parlimen. Walaupun tidak bersetuju dan mahu menunjukkan protes, media di Malaysia tidak harus meniru cara Barat yang menganggap memperolok-olokkan institusi, individu, agama atau kaum adalah suatu kebebasan media yang mutlak.

 

Akbar Nanyang sepatutnya sudah cukup matang mengamalkan kewartawanan yang beradab. Nilai dan sikap masyarakat timur yang sepatutnya berteraskan adab dan menjaga maruah pihak lain terutama dalam dunia media semestinya dipulihara dengan baik.

 

Kami tidak boleh menerima sama sekali kewartawanan yang biadab dan tidak menghormati perbahasan yang matang dan beradab. Apakah pihak editor Nanyang tidak memahami sensitiviti masyarakat beragama dinegara ini? Apakah kebebasan mutlak yang menghina individu dan institusi boleh diterima dalam negara yang berbilang agama dan kaum seperti di Malaysia?

 

Editor akhbar Nanyang harus ingat, negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan agama yang sangat beragam ini dapat bertahan sebagai sebuah negara yang berdaulat apabila semangat menghormati sesama agama dan kaum masih dapat dikekalkan.

 

Dengan etika kewartawanan yang tidak matang dan kebudak-budakkan ini, boleh sahaja merungkaikan benteng keharmonian yang begitu lama dipupuk. Bila hal ini tidak dihargai akhbar Nanyang harus menilai semula semada kehadirannya di negara ini releven atau sebaliknya.

 

Perbahasan pindaan RUU 355 telah diangkat pada tahap yang sangat sensitif bukan sahaja antara parti politik malah antara agama dan kaum. Dengan sengaja memaparkan ilustrasi kartun yang menghina Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, ia tidak membantu sama sekali untuk rakyat memberi fokus kepada hujah yang "factual" dan berdasarkan ketepatan maklumat yang benar.

 

Pendekatan Nanyang mempersenda dan menghina secara sengaja, jelas bertujuan memprovokasi kemarahan dan perselisihan bukan sahaja antara penganut agama dan bangsa di negara ini.

 

Kami menegaskan bahawa jika tindakan tidak diambil terhadap Nanyang berdasarkan Akta Hasutan dan undang-undang penerbitan yang lain, maka pihak berkuasa akan dilihat lemah dan tidak berwibawa.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.