Umat Islam Perlu Bela Al-Aqsa

Misi Ramadhan MAPIM yang berada di Al-Quds dari 1 -  7 Jun 2017 dalam rangka meninjau dan menilai status terkini Masjid Al Aqsa merumuskan keadaan masjid tersebut masih tidak berubah iaitu usha Yahudi untuk menguasai Al Aqsa nampaknya berterusan malah terus dipertingkatkan.

 

 

Misi kali ini adalah juga untuk melaksanakan projek pengedaran makanan iftar untuk golongan dhaif dalam Majsid Al Aqsa, menyerahkan kerusi roda dan kerusi solat sebagai sumbangan wakaf dari pewakaf dari Malaysia, meninjau keperluan menyediakan sebuah klinik didalam masjid Al-Aqsa , meninjau pembiayaan kepada Maahad Darul Hadith serta sumbangan untuk anak yatim Al-Aqsa.

 

 

Sejak Presiden Amerika, Donald Trump melawat Jurusalem dan tembok ratapan di barat masjid Al-Aqsa baru-baru ini, kerajaan Israel semakin giat memperkukuhkan penguasaannya ke atas masjid tersebut.

Sokongan Trump supaya ibu negara Israel berpindah dari Tel Aviv kepada Jerusalem adalah petanda, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa akan diambil alih sepenuhnya oleh Israel.

 

 

Israel mahu mencapai matlamat terakhirnya iaitu Masjid Al-Aqsa diruntuhkan dan Yahudi menguasai sepenuhnya untuk mendirikan kuil Sulaiman (sinagog), yang kononnya didakwa adalah rumah ibadat Yahudi. Setelah mengambil alih Jerusalem Barat , Kini yang menjadi sasaran Israel ialah Jurusalem Timur, yang terbaki 300,000 warga Palestin lagi, akan berada dibawah regim itu secara total.

 

 

Jumaat pertama Ramadhan tahun ini di Masjid itu menyaksikan 250,000 ahli jamaah dari dalam dan luar Jerusalem berkumpul di Masjid Al-Aqsa. Solat Terawih juga menunjukkan ribuan yang melaksanakan ibadah di masjid ketiga termulia itu. 

 

 

Umat Palestin dari luar Jerusalem seperti Khalil, Bettlehem, Neblus, Ramallah dan Gaza berpusu-pusu mendatangi Al-Aqsa walaupun pelbagai sukatan pihak berkuasa Israel cuba menghalang mereka.

Semua pengunjung dari luar Jurusalem perlu mendapat permit dari Israel untuk masuk ke dalam masjid. 

 

 

Kami bertemu beberapa pengunjung tersebut yang membawa permit yang menghadkan tempuh berada dalam masjid.

 

Mereka perlu keluar dari Masjid Al Aqsa mengikut tempuh yang ditetapkan seperti yang dibenarkan dalam permit.

 

Demikian cara Israel menghalang akses warga Palestin Muslim untuk memasukki Al Aqsa.

 

 

Misi MAPIM berusaha mengumpulkan maklumat mengenai khimat kesihatan, penyelenggaraan kebersihan, kemudahan awam dan membaikpulih Al Aqsa.

 

 

Mengikut pengamatan kami walaupun ujud dua persatuan perubatan yang bertugas dikawasan sekitar Masjid Al Aqsa, namun kemudahan untuk memberi rawatan kepada pengunjung maseh tidak mencukupi.

MAPIM merasa terpanggil untuk mencari dana bagi melengkapkan khidmat kesihatan di Masjid Al-Aqsa.

Rancangannya ialah untuk mengujudkan Klinik yang lengkap dan berupaya mengendalikan rawatan perubatan kepada pengunjung masjid.

 

 

Pada bulan Ramadhan, Lembaga Pengurusan Masjid akan mencari peluang mengumpul sumbangan dan zakat dari pengunjung untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan Masjid.

Disekitar kawasan masjid Al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi itu, terdapat peti sumbangan untuk pengunjung memberi sumbangan. Kini anggaran petugas menjalankan pelbagai penyelengaraan masjid berjumlah sekitar 700 orang.

 

 

Masjid Al-Aqsa mempunyai sebuah Lembaga Wakaf Islamiyyah yang dibiayai oleh Jordan.

 

Jordan menyalurkan peruntukkan kepada petugas dan penyelenggaraan Masjid.

 

Mengikut perjanjian antara Jordan dan Israel, orang Yahudi tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan Masjid Al Aqsa.

 

Namun israel tidak mengendahkan perjanjian itu. Pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu, pengunjung Yahudi dengan diiringi tentera Israel memasukki Masjid Al-Aqsa dari 7.00 pagi hingga 11.00 pagi dan dari 2.00 ptg hingga 4.00 ptg melalui pintu Moroko.

 

Penerangan yang diberi kepada pengunjung oleh pemandu pelancong Yahudi ialah Masjid Al-Aqsa ini adalah milik Yahudi dan satu hari nanti Yahudi akan mengambil alih sepenuhnya masjid tersebut.

 

 

Yang jelas kawalan tentera dan polis Israel maseh menjadi faktor yang menyebabkan Al-Aqsa tidak dapat dibangunkan dengan lengkap.

 

Mengikut peraturan Israel, tidak dibenarkan sebarang pembinaan mahupun untuk menyedia  kemudawam awam di dalam Masjid Al-Aqsa kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa Israel.

 

Jelas Israel mahu menunjukkan bahawa, walaupun Al Aqsa adalah dibawa pengurusan Lembaga Wakaf dan mempunyai autonomi keatas pembangunan dan penyelengaraan masjid, namun Israel mengawal semua perkembangan didalam masjid itu.

 

 

 

Kami juga mendapat maklumat bahawa pencerobohan sekitar 700 orang Yahudi esktrimis beberapa hari sebelum Ramadhan ke dalam Masjid Al-Aqsa, sempena sambutan 50 tahun pencerobohan Yahudi ke atas Al Aqsa, adalah provokasi terbaru yang sekali lagi mengancam masjid tesebut.

 

Dalam perayaan itu 3 orang pengawal Al-Aqsa Palestin telah dicedera dan ditahan oleh polis Israel. 

 

 

Perayaan perarakan Hari Jerusalem iaitu peringatan unifikasi semula Jerusalem adalah perayaan 50 tahun sejak Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa pada 1967.

 

Acara yang disertai program penduduk Yahudi masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa sekali lagi mengingatkan peristiwa Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon membawa 1000 tentera Israel ke dalam Masjid tersebut pada September 2000 yang mencetuskan ketegangan dan melibatkan puluhan rakyat Palestin terbunuh.

 

Jerusalem kini dalam keadaan berwaspada kerana tentera Israel sering merencana untuk melancarkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa seperti beberapa insiden sebelum ini.

 

 

Sementera itu, Perdana Menteri Benjamin Natanyahu, mengumumkan bahawa Masjid Al Aqsa akan selamanya dibawah kawalan Israel. Ini adalah kenyataan yang memberi isyarat, Israel bersedia melakukan apa saja untuk menguasai Al Aqsa.

 

 

 

Dengan yang demikian warga Muslim Arab Palestin kini menghadapi cabaran besar untuk mempertahankan Al Aqsa.

 

Kewujudan sepasukan Pengawal Al Aqsa yang dilantik oleh Lembaga Wakaf Aqsa untuk mengawal masjid itu adalah inisiatif terbaru untuk mengawal penceroboh Yahudi.

 

Kini dimaklumkan lebih 100 orang pengawal La Aqsa bergilir mengawal pintu masuk serta memantau keadaan.

 

Akan tetapi kawalan polis dan tentera Israel yang lengkap bersenjata maseh menguasai keluar masuk pengunjung masjid.

 

 

Kami turut meninjau keadaan dilorong-lorang kuarters Muslim Palestin disekitar Masjid Al-Aqsa yang sangat daif dan tidak terurus.

 

Di kuarters Muslim terdapat sekitar 30,000 penduduk Palestin. Manakala kuaters yang lain ialah 6,000 Kriistian di Kuarters Kristian dan 4,000 Yahudi di Kuarters Yahudi manakala 2,000 Armenia (ortodoks Kristian) di kuarters Armenia.

 

 

Pihak Israel terus mencari jalan untuk mulai menempatkan penduduk Yahudi didalam kawasan Jerusalem Timur.

 

Didalam kawasan Al-Aqsa, penduduk Muslim Palestin yang terbaki sekitar 30,000 orang disekitar Masjid, cuba bertahan supaya mereka akan tetap beradar dirumah mereka.

 

Namun terdapat warga Muslim Palestin yang lemah dan menjual rumah mereka kepada Yahudi. 

 

 

Rancangan pembersihan etnik ini dijalankan oleh Yahudi secara berperingkat-peringkat.

 

Jika populasi penduduk Yahudi dapat ditingkatkan di Jerusalem Timur umumnya dan di sekitar Masjid Al-Aqsa khususnya , mengambil alih Al-Aqsa oleh Yahudi akan tercapai.

 

 

Berdasarkan gambaran ini, MAPIM menyeru seluruh umat Islam berganding bahu dan bersatu menyumbang kepada pembelaan Masjid Al Aqsa.

 

Setiap individu Muslim perlu menyumbang kepada usaha mempertahankan Al-Aqsa. Ini bukan lagi hanya tanggungjawab Muslim didunia Arab, malah ia menjadi fardhu kepada setiap warga Muslim menghulurkan bantuan.

 

Projek Wakaf Al-Aqsa MAPIM adalah antara projek yang sedang diusahakan.

 

Para penyumbang boleh berhubung dengan pejabat MAPIM atau tekan butang "DONATE" dan menyumbang kepada projek ini yang bertujuan membiayai gerakerja mempertahankan masjid Al-Aqsa.

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.