Warga Negeri Sembilan Terus Peduli Ummah Sepanjang Ramadhan Lalu

July 11, 2017

 

Jelajah MAPIM bersama imam Palestin dan Syria seluruh Negeri Sembilan telah melabuhkan tirai pada akhir Ramadhan yang lalu.

Sambutan begitu menggalakkan daripada masyarakat awam negeri ini.

Hampir 70 buah masjid, surau, jabatan dan institusi pendidikan yang terlibat serta menyatakan komitmen agar terus menyokong usaha baik MAPIM ini. 

 

Menurut Ustaz Fuad Bin Othman, merangkap Pengerusi MAPIM Negeri Sembilan, "sepanjang Ramadhan, MAPIM telah berusaha sedaya upaya memberikan pencerahan terhadap isu-isu terkini umat Islam yang berlaku di Palestin, Syria dan Rohingya khasnya. Alhamdulillah, pada tahun ini kita mendapat 8 orang imam Palestin dan Syria yang bertugas secara bergilir-gilir pada setiap minggu pada bulan tersebut.

Kebiasaan kita mendapat khidmat 12 orang imam tetapi pada tahun ini kita kekurangan imam daripada Palestin kerana pintu sempadan Rafah ditutup.

Namun begitu, ia tidak menjejaskan program dan aktiviti yang telah diatur oleh MAPIM. Buktinya, kita telah cuma memenuhi segala jemputan dengan sebaiknya".

 

MAPIM Negeri Sembilan merakam ucapan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan dan bantuan orang ramai yang peka dan masyarakat yang prihatin dengan nasib yang sedang menimpa umat Islam.

 

 

 

Segala sumbangan dan bantuan disalurkan dengan kadar segera pada misi kemanusiaan terdekat dalam bentuk bantuan pek makanan, ubat-ubatan, keperluan asas harian, pemberian blanket, pembinaan 'water pump' dan sebagainya kepada mangsa peperangan dan pelarian di negara yang sedang bergolak.


 

 

 

Kita juga telah menghantar bantuan-bantuan ini secara berperingkat dan berfasa. Dalam bulan Ramadhan ini, krew dan sukarelawan MAPIM berjaya menghantar sumbangan ke Palestin, kem-kem rakyat Syria dan di Arakan, Myanmar. 

 

 

 

 

Sebagai usaha yang berterusan, MAPIM mengalu-alukan para dermawan dan orang ramai yang ingin menyumbang dana dan bantuan boleh disalurkan melalui akaun Baitul Ummah, Maybank 5551-2651-8993 atau menghubungi wakil MAPIM di talian 06-6770304.

Pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga kerja MAPIM kami mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. Moga amal kita diterima Allah dan dinilai soleh disisiNya. 

 

MOHD FUAD BIN OTHMAN

Pengerusi MAPIM,

Negeri Sembilan

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.