MAPIM Usul Mufti Adakan Sidang Khas Isu Masjid Al-Aqsa
Kenyataan Media
20 Julai 2017
MAPIM USUL MUFTI ADAKAN SIDANG KHAS ISU MASJID AL AQSA
MAPIM mengusulkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan sidang khas mengenai isu ancaman yang sedang dihadapi Masjid Al Aqsa sekarang.
Masjid Al Aqsa adalah masjid suci dan berkait dengan aqidah umat Islam.
Apa yang berlaku sekarang tidak boleh diterima sama sekali. Zionis Yahudi telah bertindak ganas dan melakukan pencerobohan jenayah ke atas masjid tersebut.
Sejak pembunuhan 3 orang warga Palestin di dalam Masjid Al Aqsa pada Jumaat 14 Julai 2017 yang lalu, Masjid tersebut ditutup oleh askar Yahudi selama 4 hari. Selama tempoh itu tidak ada solat yang dibenarkan di dalam masjid dan azan juga tidak dibenarkan dari dalam masjid Al Aqsa.

Kini, ketegangan tercetus setiap hari disekitar masjid sehingga puluhan warga Palestin tercedera akibat keganasan yang dilakukan oleh askar Yahudi ketika mereka menghalang warga Palestin dari memasukki masjid. Puluhan warga Palestin juga ditahan oleh polis Israel.
Salah seorang imam Masjid Al Aqsa juga telah cedera ditembak oleh askar Yahudi.
Seluruh pintu masuk ke dalam masjid telah ditutup dan kunci pintu-pintu tersebut dirampas.
Kini Israel memasang sekatan eletrik di depan pintu masuk untuk kononnya memeriksa setiap pengunjung yang datang ke Masjid Al Aqsa.
Semua tindakan Israel ini adalah agresi, pencerobohan dan bersifat jenayah.
Umat Islam perlu dipandu dan digembleng supaya tahu tanggungjawab mereka terhadap Masjid Al Aqsa.
Yahudi sudah mengistiharkan bahawa mereka mahu menguasai seluruh Masjid Aqsa kerana mendakwa masjid tersebut adalah tapak "temple mont" (Kuil Sulaiman) yang dikata tempat ibadat Yahudi.
Oleh kerana itu puak Yahudi melancarkan proses pengYahudiaan dari sejak 1969.
Kami berpendapat para ulama dan para mufti di Malaysia perlu bertemu bagi membincangkan sikap dan pendirian umat Islam mengenai isu berkenaan.
Kami mengusulkan agar rumusan para mufti di Malaysia akan diketengahkan kepada umat Islam diseluruh dunia.
Sidang khas para mufti akan menunjukkan keprihatinan yang serius diberi oleh para ulama di Malaysia mengenai ancaman terhadap Masjid Al Aqsa.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM
#Solidariti #Presiden #MAPIM #KenyataanMedia #Yahudi #AlAqsa #Israel