Kumpul 1000 Tandatangan Lucut Anugerah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi

September 6, 2017

 

Kenyataan Media 

MAPIM 

6 September 2017

 

MAPIM LANCAR KUMPUL 1000 TANDATANGAN - TUNTUT LUCUT ANUGERAH KEAMANAN NOBEL AUNG SAN SUU KYI.

 

MAPIM melancarkan kempen kumpul 1000 tandatangan dari kalangan Ahli Parlimen dan ADUN, tokoh masyarakat, pemimpin agama, ahli professional, dan cendikiawan menuntut dilucutkan anugerah Keamanan Nobel dari Aung San Suu Kyi , Kaunselor Negara Myanmar yang diterimanya pada 1991.

 

Dengan kenyataan beliau yang menafikan pemusnahan etnik dan genocide ke atas etnik Rohingya sejak Burma mendapat kemerdekaan pada 1948, menunjukkan beliau bersekongkol dan menyokong perlakuan ganas tentera Myanmar dan ekstrimis Buddhis menindas kaum Rohingya.

 

Malah beliau sendiri kini memperakui penggunaan nama Rohingya sebagai panggilan yang ditolak di Myanmar. Beliau lebih selesa dengan tuntutan junta Myanmar bahawa Rohingya dipanggil "Bangeli" yang sama sekali tidak boleh diterima dan dibantah oleh etnik Rohingya.

 

Memegang anugerah Nobel Keamanan tetapi jelas tidak merasa bersalah apabila bayi, kanak-kanak dan wanita disembelih, diperkosa dan dicampak ke dalam api, adalah bukti beliau tidak layak lagi memegang gelaran pejuang hak manusia, keamanan dan keadilan serta demokrasi.

 

Malah beliau tunduk kepada puak etsrimis Buddhis yang diketuai oleh Ashin Wirathu yang menghalalkan pembunuhan, pengusiran, penafian hak manusia, perampasan harta benda etnik Rohingya.

 

Beliau turut memperakui bahawa setiap pengganut Buddha wajar menjaga kepentingan agama Buddha dan tanah air Myanmar yang didakwa hanya milik penganut Buddha, hatta dengan tindakan pemusnahan etnik dan genocide yang melanggar undang- undang antarabangsa dan hak manusia.

 

Lantaran itu apa sahaja hak manusia untuk etnik Rohingya yang dijamin oleh Deklarasi Universal Hak Manusia PBB termasuk hak hidup, hak undang-undang, hak agama, hak budaya, hak politik, kini semuanya telah dinafikan oleh beliau tanpa ada sedikitpun rasa perikemanusiaan.

 

MAPIM berpandangan bahawa Aung San Suu Kyi telah mengkhianati erti anugerah Nobel Keamanan.

 

Oleh itu beliau tidak layak memegang anugerah itu dan dengan itu perlu dilucut serta merta.

 

MAPIM mengesa semua pihak yang mempunyai rasa perikemanusiaan dikalangan tokoh-tokoh masyarakat di Malaysia perlu bersama menyokong petisyen yang akan dihantar oleh MAPIM kepada Jawatankuasa Nobel Keamanan di Sweden untuk melucut anugerah itu dari Aung San Suu Kyi.

 

MAPIM mensasarkan kempen kumpul tandatangan ini dapat dicapai pada hujung Oktober 2017.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

 

TABUNG ROHINGYA

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.