Madrasah Rohingya Seremban Dilelong

September 6, 2017

Pagi ini saya bersama saudara Yusri Mohammad (Pegawai Khas MAPIM Negeri Sembilan) berkesempatan menziarahi Madrasah Rohingya di Taman Jujur, Seremban.

Kehadiran kami disambut baik oleh Ust Muhammad Noor, salah seorang imam dan tenaga pengajar di madrasah ini. 

 

Bangunan ini terpaksa dibeli dengan kadar segera memandang bank terpaksa melelongnya  sekiranya pemilik asal gagal melunaskan hutang yang tertunggak.

MAPIM terus berusaha mengutip sumbangan wakaf yang masih belum mencukupi. 

 

Untuk makluman, madrasah ini telah beroperasi hampir selama 10 tahun sebagai Pusat Pendidikan Islam dan mengaji Al-Quran bagi warga Rohingya yang menetap di Sikamat, Seremban. 

 

Sebelum ini, madrasah tersebut disewa dan bayaran sewaan dilakukan secara ansuran oleh pihak komuniti Rohingya dengan pihak penyewa.

Tetapi atas sebab kegagalan pihak penyewa menjelaskan hutang dengan pihak bank dimaklumkan bahawa rumah dua tingkat ini akan dilelong dalam masa terdekat.

Atas faktor kewangan yang sangat mendesak dikalangan warga komuniti disana, maka kami mengambil inisiatif melancarkan rayuan bantuan waqaf sebelum ini. 

 

Sehubungan ini, pihak Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Negeri Sembilan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan, bantuan kewangan dan waqaf bagi meneruskan kesinambungan perjalanan Madrasah tersebut pada masa hadapan.

 

Sumbangan dan wakaf boleh disalurkan melalui akaun BAITUL UMMAH (acc: Maybank 555 126 518 993) atau klik butang DONATE di bawah:

 

 

 

Jika tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu, paling kurang kita menyambung kebaikan dan meraih pahala dengan SHARE maklumat rayuan serta harapan ini.

Mudah-mudahan usaha kecil ini dinilai disisiNya dan diangkat sebagai amal soleh. 

 

Azlan Zainal

Sekretariat MAPIM Negeri Sembilan
+6013 674 0871

Sikamat, 9.45 pagi.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.