Afdlin Sebak Keperitan Rohingya

December 3, 2017

 

 

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Lima hari menyertai misi keamanan ke kem pelarian Kutupalong di Ukhia, Bangladesh, pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki, 46, menginsafi setiap momen yang dilaluinya apabila menyaksikan keperitan yang dialami oleh pelarian Rohingya.

 

Afdlin mengakui pengalaman yang ditempuhi sepanjang berada di sana sejak Ahad lalu benar-benar meruntun jiwanya sebagai seorang manusia dan Muslim.

 

“Sebak rasanya melihat rutin kehidupan mereka hari-hari. (Kekurangan) Dari sudut makanan, pakaian, perubatan, semua sekali. Amat menyedihkan dan menginsafkan

 

“Apatah lagi sebelum wujudnya kem-kem pelarian di sini, saya difahamkan mereka tinggal di kaki lima, tepi-tepi jalan, bawah pokok atau di mana sahaja asalkan boleh berlindung dan merehatkan diri,” katanya kepada Utusan Online.

 

Menurut Afdlin, pemergiannya ke kem tersebut untuk menyalurkan bantuan dengan kerjasama antara Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bersama-sama Yayasan Kubra dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bermula 5 hingga 9 November ini.

 

Tambah pengacara dan penerbit Super Spontan itu lagi, apabila menyaksikan kepayahan tersebut, dia memanjatkan rasa syukur apabila dapat hidup aman damai di Malaysia dan menyeru rakyat negara ini agar sentiasa menjaga keamanan.

 

“Sekarang ini, kita terlalu leka dengan keamanan yang diperoleh sejak lahir sehingga terlupa kesengsaraan orang lain. Apatah lagi sesama Muslim.

 

“Jadi hargailah keamanan dan kedamaian yang kita ada di negara sendiri. Saya juga berharap supaya wujud banyak lagi usaha dalam menghulurkan bantuan ke kem-kem pelarian di seluruh dunia. Mereka amat memerlukan kita.

 

“Inilah masanya untuk kita menunjukkan keprihatinan sebagai masyarakat bumi. Ambil tahu kesusahan mereka, sekali gus boleh memotivasikan diri dalam menangani masalah peribadi yang tidak sebesar mana berbanding rakyat Rohingya,” ujarnya.


 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.