Ibu Beri Anak Makan Rumput

December 3, 2017

 

 

COX'S BAZAR 26 Nov. – Melihat sendiri seorang ibu muda etnik Rohingya terpaksa menyuap rumput kepada anaknya demi kelangsungan hidup antara rea­liti pilu yang meninggalkan kesan cukup mendalam bagi seorang sukarelawan di kem pelarian di Cox's Bazar.

 

Sukarelawan Majlis Perundi­ngan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd. Syukri Shaari, 34, berkata kisah itu dilihat ketika kali pertama tiba di Kem Pela­rian Thankali, iaitu sebuah kem tidak rasmi di Cox's Bazar pada September lepas

 

“Pada ketika itu, keadaan di kem berkenaan memang sangat daif. Bayangkan, ibu berusia awal 20-an yang dikenali sebagai Summayah ini tiada pilihan melainkan terpaksa memotong rumput berhampiran khemahnya yang dibina menggunakan buluh dan plastik.

 

“Rumput berkenaan kemudian digoreng sebelum disuapkan kepada anak lelakinya, Yahaya yang berusia dua tahun yang kelihatan kurus dan tidak mengerti akan apa yang menimpa mereka,” katanya ketika ditemui di Kem Bhalukali, di sini.

 

Mohd. Syukri berkata, Summayah memberitahu, suaminya telah dibunuh dan rumah mereka di Pekan Maungdaw di utara Rakhine telah dibakar oleh tentera Myammar.

 

“Summayah berjaya melarikan diri bersama anaknya de­ngan hanya membawa seekor anak lembu tetapi ketika di sempadan Myammar-Bangladesh, Summayah terpaksa menye­rahkan anak lembu itu sebagai tambang dia dan anaknya untuk menyeberangi Sungai Teknaf, Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan di kem pelarian”.

 

Mohd. Syukri yang telah bertugas di beberapa buah kem sekitar Cox's Bazar sejak tiga bulan lepas berkata tambang bagi merentasi sungai berkenaan adalah kira-kira 82 Taka (RM4), namun atas permintaan tinggi menyebabkan pengusaha sampan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tinggi sehingga 6,140 Taka (RM300) bagi menyeberangi sungai berkenaan.

 

“Mereka tiada pilihan ketika itu, sama ada membayar atau pun menyeberangi sungai secara sendirian dan menggunakan tong kosong sebagai pelampung.

 

“Bagaimanapun, nasib Summayah dan etnik Rohingya yang lain semakin pulih apabila kerajaan Malaysia melalui MAPIM dan badan bukan kerajaan lain bertungkus lumus membantu memperbaiki kehidupan mereka di sini,” katanya.

 

Dianggarkan lebih 621,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar ter­hadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

 

Sementara itu, Naib Presiden MAPIM, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, sejak Ogos lalu sebanyak 322 rumah perlindu­ngan, 22 madrasah, 127 pangkalan air bersih dan 22,455 pakej makanan telah diberikan kepada pelarian Rohingya di beberapa kem hasil sumbangan kerajaan dan rakyat Malaysia.

 

Beliau berharap sumbangan daripada semua pihak dapat diteruskan bagi memastikan masyarakat yang ditindas ini terus terbela nasib mereka. – BERNAMA


 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.