Krisis Rakhine, Myanmar

December 3, 2017

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pertubuhan Hak Asasi Rohingya di Malaysia (Mehrom) serta The European Rohingya Council (ERC) telah menyerahkan satu memorandum kepada wakil United Nation (UN) berkaitan krisis di Rakhine, Myanmar hari ini.

 

Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, memorandum itu diserahkan agar pihak UN mengiktiraf krisis kemanusiaan di Rakhine sebagai genosid selain memohon kewajipan untuk melindungi (R2P) sebelum etnik itu dibawa pulang.

 

Menurut beliau, pihaknya mewakili NGO lain sangat berterima kasih kerana UN menyambut baik dengan tujuh tuntutan yang ada dalam memorandum berkenaan.

 

“Antara penekanan yang terkandung dalam tuntutan tersebut meliputi jaminan keselamatan, kerakyatan etnik berkenaan dikembalikan serta memohon UN mementingkan R2P.

 

“UN turut memberikan tindak balas positif apabila mereka menjamin memorandum itu akan dibawa ke peringkat atas sekali iaitu akan diketengahkan ke pejabat UN di New York, “katanya.

 

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum itu di Ibu Pejabat UN di Wisma United Nation (UN) di sini hari ini.


 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.