Bantahan Isu Baitulmaqdis Bukan Bermotif Politik

December 9, 2017

KUALA LUMPUR: Bantahan keras kerajaan pimpinan UMNO terhadap cadangan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, bukan bermotif politik.

 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata itu penjelasan yang diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika menemui perwakilan Kelab UMNO Luar Negara di sini hari ini.

 

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara berkata, Presiden UMNO memaklumkan bantahan mengenai isu berkenaan bukan sahaja disampaikan UMNO malah badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik lain.

 

"Dalam sesi soal jawab ada pelajar bertanya mengenai keputusan kerajaan membantah tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis, walaupun mereka dah dengar, tapi mereka nak dengar sendiri daripada mulut Perdana Menteri yang menegaskan sekali lagi bahawa bantahan bukan sahaja dari UMNO.

 

"Katanya, bantahan terhadap isu ini juga bukan bersifat politik, tapi luahan perasaan rakyat Malaysia termasuk NGO, parti dan pemimpin politik lain termasuk PAS dan DAP.

 

"Ini adalah usaha yang menunjukkan kita bersatu dalam isu ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan tertutup Presiden UMNO bersama Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini.

 

Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi bertemu dan mengadakan sesi soal jawab bersama 53 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara.

 

Reezal Merican berkata, sesi itu turut menyentuh mengenai perancangan negara berkaitan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

 

"Presiden turut menyentuh kepentingan untuk negara mempunyai pendekatan yang bersifat transformasi selain bagaimana menghadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0 yang mana beliau mahu generasi muda perlu diperlengkapkan untuk menghadapi cabaran ini," katanya.

 

Mengulas mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan, beliau berkata, itu memberi isyarat kepada rakyat bahawa UMNO bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14.

 

"Jadi UMNO bukan parti yang berselindung, kita nak masuk gelanggang , kita nak bertarung di medan pertempuran yang benar-benar nak dapat mandat rakyat.

 

"Kita tunjuk isyarat jelas bahawa UMNO adalah parti yang solidariti dan bersatu.

 

"Bukan macam parti lain, Pakatan Harapan nak pilih presiden pun susah, pengerusi lain, ketua lain, tak pernah dalam sejarah nakhoda sampai empat, malah yang pilih siapa yang jadi Perdana Menteri pun mereka susah nak setuju," katanya.

 

 

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.