Baitul Maqdis : NGO Malaysia Sertai Solidariti Mega di Turki

December 12, 2017

ISTANBUL, Turki: Delegasi NGO Islam Malaysia antara menyertai himpunan yang menegaskan bahawa Al-Quds adalah hak mutlak umat Islam dan mengutuk sekerasnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

 

Himpunan besar disertai ratusan ribu umat dan dianjurkan oleh Kesatuan NGO-NGO Turki yang bernaung bersama Parti Sa'adat itu telah berlangsung di pinggir Laut Marmara di Yenikapi Meydani, di sini kelmarin.

 

Golongan muda mudi antara teramai hadir pada himpunan tersebut yang menyaksikan ucaptama disampaikan Presiden Parti Sa'adat, Dr Temel Karamollaoğlu dan bergemanya laungan kuat "Jahanam Amerika, Jahanam Zionis!".

 

Malah, himpunan tersebut juga diwarnai dengan kibaran bendera kebangsaan Turki dan Palestin selain sepanduk-sepanduk yang menyatakan solidariti Turki untuk bersama seluruh rakyat Palestin mempertahankan bumi anbiya' itu serta membebaskan Baitul Maqdis.

 

Delegasi NGO Islam Malaysia itu diwakili Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Kubra, Yayasan Afdlin Shauki serta para pimpinan dan sukarelawan masing-masing.

 

Menurut Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, suasana perhimpunan yang sangat aman dan tertib itu membuktikan bahawa gabungan NGO Parti Sa'adat sangat tersusun dalam pengurusannya. 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.