Hanya Pada OIC

December 12, 2017

Kuala Lumpur: Kemelut tidak berkesudahan di Baitulmaqdis yang turut menempatkan Masjid Al-Aqsa sejak berdekad lamanya boleh diselesaikan sekiranya negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan sebagai pengimbang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Ini kerana PBB memiliki negara ahli yang mempunyai kuasa veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Russia serta China dan sukar dicabar termasuk apabila satu daripada negara ini membuat keputusan melulu.

 

Pandangan itu diluahkan pakar isu Palestin, Pengerusi Yayasan Al Amin Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin yang mengaitkan isu terbaru kota suci itu apabila Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

 

“Negara OIC sebenarnya memiliki kekuatan yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam menentukan keamanan dunia khususnya perebutan Baitulmaqdis sejak sekian lama.

 

“Ekonomi, sumber minyak dunia malah semangat syahid orang Islam yang terangkum dalam OIC memang tiada tandingannya.

 

“Namun, apa yang berlaku ketika ini OIC tidak memainkan peranan pentingnya termasuk menjadi pengimbang kepada negara kuasa veto dalam PBB,” katanya yang sudah menerokai ilmu di Palestin khususnya Masjid al-Aqsa lebih 40 kali sejak sembilan tahun lalu.

 

Selain mengetuai NGO Yayasan Al Amin yang khusus untuk Palestin, beliau kini menyiapkan tesis pengajian doktor falsafah (PhD) mengenai Sejarah Baitulmaqdis dan Jerusalem di Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis di Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

“Apa pun sepanjang saya mengenali orang alim di Palestin, sejujurnya kemelut di Baitulmaqdis hanya akan mencapai titik noktah dengan peperangan.

 

“Ini kerana Yahudi zionis sangat terkenal dengan sikap yang apabila tersepit termasuk dengan gerakan intifada dan tekanan dunia tiba-tiba minta perdamaian. Namun dalam proses itu mereka sering mengkhianati perdamaian.

 

“Pasti berlaku zionis meminta bantuan negara kuasa veto PBB khususnya AS untuk menjadi orang tengah kononnya langkah berdamai,” katanya

Mengulas lanjut mengenai isu Baitulmaqdis, katanya, selain isu kekejaman rejim zionis dan penjarahan terhadap tanah Palestin ialah pengkhianatan Arab Palestin yang sanggup menjual tanah mereka untuk keuntungan sementara.

 

Menurutnya, isu orang Arab Islam menjual tanah di Baitulmaqdis kepada orang Yahudi berlaku sejak 1948 lagi hinggakan apabila terlalu serius pada 1967 mufti mengeluarkan fatwa tidak boleh jual tanah kepada Yahudi.

 

“Selepas itu penjualan tanah milik Palestin berkurangan namun masih berlaku. Sebagai contoh penjualan tanah yang berlaku berhampiran makam tokoh sufi wanita Rabiatul Adawiyah di Bukit Zaitun, Baitulmaqdis pada 1985 sebelum penjualnya seorang rakyat Palestin beragama Islam lari berhijrah ke AS.

 

“Kesan buruknya berlaku sehingga hari ini apabila pemilik baru iaitu Yahudi zionis bukan sahaja mendirikan bangunan malah selamba mengibarkan bendera Israel walaupun kawasan itu dikhususkan untuk orang Islam,” katanya.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.