Langkah Bahaya Trump

December 12, 2017

Kaherah: Liga Arab pada mesyuarat tergempar menteri luar di Kaherah, Mesir menyifatkan perdamaian tidak berlaku tanpa pembebasan Baitulmaqdis.

 

Mesyuarat itu menganggap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah langkah bahaya dan tidak boleh diterima, selain jenayah terang-terangan dalam penyelesaian politik berhubung konflik Palestin-Israel.

 

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul-Gheit berkata, keputusan kontroversi Trump itu melanggar undang-undang antarabangsa sekali gus membangkitkan persoalan mengenai usaha AS menyokong usaha perdamaian Palestin-Israel.

 

Katanya, peralihan dasar dalam pentadbiran Trump melemahkan keyakinan Arab dan jumlah pengesahan mengenai pendudukan Israel ke atas Palestin.

 

“Keputusan AS secara paksa itu hanya satu pembaziran kepada prinsip keadilan antarabangsa, sesiapa yang melaksanakan keputusan itu dilihat sebagai bertentangan dengan kehendak masyarakat dunia,” katanya, lapor AFP.

 

Sementara itu, Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki mengharapkan Blok Negara-Negara Arab (Majlis Keselamatan) segera bertindak dalam menyampaikan resolusi draf kepada majlis itu dengan menolak keputusan Trump.

 

“Kami menyeru masyarakat Arab dan Islam serta dunia secara keseluruhannya segera melawat Baitulmaqdis sebelum ia menjadi mangsa kepada keputusan Amerika dan ancaman Israel,” katanya.

 

Dalam pada itu, Menteri Luar Jordan Ayman Al-Safadi berkata, pihaknya mahu keamanan sebagai pilihan strategik yang dituntut untuk semua rakyat Palestin buat selama-lamanya.

 

“Bagaimanapun, tiada perdamaian tanpa kebebasan melainkan Baitulmaqdis bebas dan diiktiraf sebagai ibu negara Palestin,” katanya.

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.