Penganiayaan Terhadap Umat Islam Myanmar Meningkat, Bukan Rohingya Sahaja

December 12, 2017

MYANMAR – Bukan sahaja muslim Rohingya yang kini berdepan penganiayaan dan penyeksaan oleh rejim Myanmar, malah umat Islam daripada etnik lain di negara itu juga mengalami kekerasan yang sama.

 

Mereka tidak diberikan kad pengenalan dan paling malang di sesetengah tempat, akses ke masjid juga disekat.

 

Rangkaian Hak Asasi Manusia Myanmar (BHRN) melaporkan penganiayaan secara sistematik ke atas umat Islam meningkat di seluruh Myanmar, bukan hanya membabitkan negeri di barat laut negara itu – Rakhine – di mana sekurang-kurangnya 123,000 etnik muslim Rohingya kini melarikan diri ke Bangladesh.

 

BHRN yang berpangkalan di Britain berkata, penganiayaan dan penyeksaan itu disokong oleh pemerintah, militan sami Buddha dan kumpulan ultra nasionalis.

 

Dalam laporan yang dikeluarkannya, BHRN berkata, peralihan negara itu kepada sistem demokrasi telah mewujudkan satu prasangka terhadap bagaimana kerajaan harus melaksanakan peraturan baharu.

 

“Ia telah menguatkan satu naratif berbahaya yang menganggap umat Islam adalah pihak asing dalam majoriti penganut Buddha di Myanmar,” kata kumpulan itu.

 

Laporan itu dibuat menerusi temu bual dengan 350 individu di lebih 46 bandar dan kampung dalam tempoh lapan bulan sejak Mac 2016.

 

Pihak berkuasa negara itu dan pemimpin utamanya, Aung San Suu Kyi berdepan kecaman antarabangsa berikutan perkembangan terbaru kekejaman yang dilakukan ke atas etnik muslim Rohingya.

 

Keganasan terbaharu terhadap etnik minoriti itu bermula Oktober tahun lalu, apabila pejuang Rohingya menyerang hendap dan membunuh askar sempadan rejim Myanmar.

 

Susulan itu, askar rejim bertindak menyerang perkampungan Rohingya, terutama di negeri majoriti etnik berkenaan di Rakhine, menyaksikan apa yang disifatkan oleh saksi sebagai kekejaman paling teruk sejak beberapa tahun lalu.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan askar Myanmar telah melakukan pembersihan etnik, sebagai tindak balas terhadap serangan pejuang Islam Rohingya.

 

Suu Kyi, penerima Anugerah Gobel Keamanan dan banduan politik ketika junta memerintah Myanmar, berdepan kecaman apabila menutup mulut mengenai layanan yang diberikan terhadap etnik Rohingya atau tindakan tentera Myanmar.

 

Dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sejak keganasan meletus 25 Ogos lalu.

 

Selain muslim Rohingya, laporan BHRN dibuat secara menyeluruh membabitkan pelbagai etnik lain beragama Islam di negara itu berikutan keganasan sejak 2012 dan 2013.

 

Laporan itu menyatakan umat Islam daripada pelbagai etnik tidak diberi kad pengenalan, manakala di sesetengah tempat, akses ke masjid dihalang.

 

Sekurang-kurangnya 21 kampung di Myanmar telah mengisytiharkan ‘zon larangan buat umat Islam’ dengan mendapat sokongan kerajaan, kata laporan itu. 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.