OIC Iktiraf Baitulmuqaddis Timur Ibu Negara Palestin

ISTANBUL 13 Dis. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin selepas Presiden Donald Trump memutuskan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Gesaaan itu dibuat dalam satu deklarasi bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC yang diadakan di Istanbul hari ini. “Baitulmuqaddis Timur adalah ibu negara Palestin dan semua negara dunia diminta mengiktiraf negara Palestin dan juga Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.OIC juga mengistiharkan keputusan yang dibuat Trump oleh terbatal dan tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan secara sengaja mahu menjejaskan kesemua usaha perdamaian yang akan mendorong kepada berlakunya ekstremisme dan keganasan.
Deklarasi itu juga menyebut tindakan membuat pengumuman itu menandakan bahawa pentadbiran AS menarik diri daripada memainkan peranannya sebagai penaja perdamaian di Asia Barat
#Presiden #Trump #Amerika #Baitulmaqdis #Yahudi #Israel #Palestin