Bantu Insan Sejagat

January 8, 2018

 

Kuala Lumpur: Krisis kemanusiaan membabitkan penindasan Rohingya di Myanmar, kekurangan makanan rakyat Syria dan pergolakan di Timur Tengah akan terus menjadi perhatian dan menjadi fokus utama bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

 

Beberapa NGO tempatan yang bergiat aktif dalam misi kemanusiaan terutamanya menyantuni golongan memerlukan di negara lain akan terus digerakkan sepanjang 2018 termasuk sumbangan bekalan makanan, membaik pulih infrastruktur dan bekalan ubat-ubatan.

 

Bagi krisis kemanusiaan Rohingya, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan melancarkan Misi Kesatuan Untuk Flotilla (Unity For Flotilla) pada 1 April depan dengan penyertaan daripada dua NGO antarabangsa berpangkalan di United Kingdom.

 

Naib Presiden MAPIM, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, dua NGO antarabangsa itu adalah Human Aid UK dan Yayasan Al-Khair yang berpangkalan di negara berkenaan.

 

“Ini antara misi mega kami sepanjang 2018 dan kami sedang merancang untuk memohon kebenaran khusus supaya memasuki kawasan Arakan, sekali gus menyantuni etnik Rohingya yang masih berada di wilayah berkenaan.

 

“Kita maklum krisis Rohingya ini bukan saja isu kemanusiaan tetapi penindasan yang dilakukan Myanmar. Jadi, usaha untuk pembebasan akan diteruskan dengan kerjasama pertubuhan antarabangsa,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

 

Misi Sekolah Tahfiz Quran dan sumbangan dana di Semenanjung Gaza, Palestin akan menjadi fokus utama bagi Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) di samping pelaksanaan misi di beberapa negara lain antaranya Syria, Yaman dan Chad.

 

Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan berkata, pihaknya melihat wujud keperluan untuk pembinaan sekolah di Semenanjung Gaza bagi menyantuni semua kanak-kanak di wilayah berkenaan.

 

“Untuk misi di Semenanjung Gaza, kita baru di peringkat perbincangan dengan wakil NGO dari Mesir dan kita berharap dapat melaksanakan misi pada pertengahan tahun ini.

“Pembinaan ini sangat penting supaya tahap pendidikan kanak-kanak di Semenanjung Gaza sentiasa diutamakan,” katanya.

 

Penderitaan rakyat Syria pula akan terus menjadi fokus utama untuk Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) dan menyasarkan dana kutipan sebanyak RM6 juta bagi semua misi yang akan dilaksanakan pada 2018.

 

Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS, Syahrir Azfar Saleh berkata, pihaknya akan menumpukan misi bantuan untuk muhajirin Syria yang berada dalam negara berkenaan.

 

“Kita juga sudah melaksanakan bantuan jangka panjang iaitu kilang pembuatan roti dan sekolah yang berada di Idlib. Projek penternakan ayam di Aleppo dan pembinaan lima madrasah juga sudah dilaksanakan dan beroperasi di wilayah berkenaan,” katanya.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.