Tentera Mengaku Pasukan Keselamatan Myanmar Terlibat Pembunuhan Penduduk Rohingya


YANGON 10 Jan. - Beberapa anggota pasukan keselamatan Myanmar disahkan terlibat dengan tragedi pembunuhan 10 orang penduduk Rohingya pada bulan September tahun lepas.


Perkara itu didedahkan oleh pejabat ketua tentera Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.

“Sesetengah penduduk serta anggota keselamatan di perkampungan Inn Din (lokasi pembunuhan beramai-ramai pada 2 September 2017) mengaku bahawa mereka telah membunuh 10 orang ‘pengganas Benggali’ (istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada penduduk Rohingya di Myanmar),” kata kenyataan itu.


Difahamkan, ini kali pertama pengakuan tersebut dibuat selepas krisis kemanusiaan dilaporkan berlaku di Myanmar hingga memaksa ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri dari kampung halaman mereka.

#Kematian #Kecemasan #Genocide #Kemanusiaan #Sumbangan #Bantuan #Pelarian #Rohingya #Myanmar

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.